Perapan Ayam BBQ Homemade Padu Rasa. Memang Juicy

Share

Sedapnya ayam BBQ. Ni ada cara mudah untuk buat perapan ayam BBQ yang sedap dan sesuai untuk sajian keluarga, berkelah atau majlis hari jadi. Bahan yang digunakan sangat mudah dan mudah didapati. Lagi lama perap, lagi sedap rasanya. Jom cuba resipi enak ini, pasti puas hati.

 

RESIPI PERAPAN AYAM BBQ

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kepak ayam – bersihkan
  • Kicap manis secukupnya
  • 1-2 sudu makan MAGGI®️ Sos Tiram
  • 2-3 sudu makan madu
  • 2-3 sudu makan MAGGI®️ Sos Cili
  • Serbuk sweet paprika atau serbuk cili secukupnya
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 10 ulas bawang putih – tumbuk lumat
  • 2 inci halia – tumbuk lumat
  • Sedikit kunyit hidup – tumbuk lumat
  • MAGGI®️ CukupRasa

 CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi ayam.
  3. Gaul rata dan perap ayam selama satu jam atau lebih. Lebih lama perap lagi sedap rasanya.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam menggunakan api perlahan hingga masak sepenuhnya. Disarankan menggunakan kuali non-stick. Boleh juga dibakar menggunakan arang atau ketuhar.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

PETUA: Ayam ini akan berasa lebih enak jika diperap lebih lama. Disarankan perap semalaman untuk menyedapkan rasa. 

 

Kredit foto: Shutterstock

IKLAN