Penangan Rendang Hitam Rembau…Tunjur Ajar Kawan Den Memang Mudah Dan Sedap!

Share

Rendang daging hitam rembau yang selalu dihidangkan dimusim perayaan seperti Hari Raya Puasa , amat sinonim dengan masyarakat Rembau dan ianya selalunya dimakan bersama lemang mahupun hidangan nasi . Mempunyai ‘aroma’ yang berlainan dengan rendang dari tempat lain merupakan khazanah turun temurun dan sangat sesuai untuk untuk menyediakan rendang daging mahupun rendang ayam.

 

RESIPI RENDANG HITAM REMBAU

 

BAHAN-BAHAN:

  • Daging 1 kg (nak lagi sedap guna daging batang pinang)
  • Cili api 2 genggam
  • Bwg ros 400 gram
  • Bwg putih 5 ulas
  • Lengkuas 2 inci
  • Halia 2 inci
  • Kunyit hidup 2 inci
  • Semua bahan di atas di kisar dan diperap bersama daging.

 

  • Serai 4 batang dititik
  • Santan 1kg dimasak hingga jd taik minyak.

CARA MEMASAK:

  1. Masakkan bahan yg diperap separuh masak
  2. Tambah gula merah 4 sudu makan, garam secukup rasa dan asam keping
  3. Masukkan taik minyak dan masaklah dengan api sederhana perlahan hingga betul2 empuk dagingnya dan kering, tabur daun kunyit..siap
Masak dengan api yang sederhana hingga adunan kental. Kecilkan api dan terus memasak hingga terbit minyak dan terhasilnya tahi minyak yang kuning keemasan.

Kongsi resipi: Sofiah Harun

IKLAN