Peminat Makanan Korea, Boleh Cuba Buat Tteokbokki Sendiri

Share

Tteokbokki merupakan makanan Korea berupa gabungan tepung beras dan tepung pulut yang dimasak menjadi kek beras. Dimakan bersama kuahnya yang ada rasa manis-manis pedas.

Ianya merupakan snek Korea yang popular dan menjadi makanan kegemaran ramai bukan sahaja di Korea, malah di Malaysia juga.

Nak tahu cara membuatnya? Ikuti resipi perkongsian daripada Ayu Hanna ini dalam menghasilkan Tteokbokki yang kenyal dan cukup lazat rasanya. Tak perlu lagi ke restoran makanan Korea jika tiba-tiba mengidam atau teringin nak menikmati Tteokbokki. Terus buat sahaja di rumah. 

TTEOKBOKKI

BAHAN-BAHAN KEK BERAS:

400g tepung pulut – Boleh beli online di sini

3 sudu tepung beras – Boleh beli online di sini

Sedikit garam

Sedikit minyak

Air

CARA MEMASAK:

Sementara mahu menguli doh, boleh panaskan air dahulu untuk merebus kek beras.

Gaulkan semua bahan di atas sehingga menjadi doh.

Bentukkan memanjang dan rebuskan. (Saya uli satu persatu dan terus masukkan ke dalam periuk agar tidak melekat)

Apabila dah terapung, saya biarkan dalam 1 minit baru angkat dan rendam dalam air sejuk sebelum potong pendek-pendek.

Air rebusan jangan dibuang. Akan digunakan untuk buat kuah sos nanti.

BAHAN-BAHAN KUAH:

4 ulas bawang putih (tumbuk halus)

1 sudu cili adabi **bancuh dengan air dulu

1 sudu Sos Cili Thai – Boleh beli online di sini

1 sudu sos ikan

1 sudu teh sos cili

1 sudu cuka – Boleh beli online di sini

½ sudu gula **ikut suka tahap kemanisan yang diingini

1 sudu minyak masak

CARA MEMASAK:

Tumis semua bahan di atas.

Setelah itu, boleh masukkan lauk dan tambah air rebusan kek tadi.

Masak sehingga mendidih dan kuah akan pekat.

Lauk boleh tambah ikut cita rasa:

– Fishcake

– Fishball

– Sosej

– Isi ketam

– Daging

– Ayam

Agak-agak kuah hampir pekat, boleh masukkan daun bawang.

Taburkan bijan di atasnya dan sedia untuk dinikmati.

Kredit: Ayu Hanna

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN