Pembukaan IKEA Batu Kawan Penuhi Impian Penduduk Utara Semenanjung

Share

Buat yang suka membeli belah di IKEA berita baik untuk korang yang kaki shopping khasnya buat mereka yang tinggal di utara tanah air. IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang kini dibuka bagi memenuhi permintaan anda yang meminati hiasan dalaman.

Pada hari pembukaannya 14 Mac, penduduk tempatan berpusu-pusu datang untuk menjadi orang yang terawal datang ke stor ini. Difahamkan mereka sanggup berbaris seawal jam tujuh pagi  di hadapan stor biarpun stor mula beroperasi pada jam 10 pagi.

Tawaran eksklusif yang diberikan kepada pengunjung pada hari pertama juga menjadi salah satu daya tarik. Dianggarkan lebih 25,000 pengunjung menyerbu gedung perabot dari Sweden itu selepas ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai.

 

Penat berlegar di stor pastinya restoran IKEA menjadi tumpuan untuk membasahkan tekak dan menikmati signature dish iaitu bebola daging. Menerusi perkongsian terkini pihak IKEA Batu Kawan, lebih 32,000 bebola daging berjaya dijual pada hari pertama pembukaan cawangan tersebut. Bukan itu sahaja, jualan karipap juga mencecah hingga 23,600 biji pada hari yang sama. Wow ….teruja sungguh dengan pengunjung Utara ni.

Ruang yang luas memberi keselesaan buat pengunjung untuk meneliti 49 ruang pameran yang dilengkapi lebih 8,000 kelengkapan rumah.

 

 

 

 

 

 

 

Pengurus Stor IKEA Batu Kawan, A.Pathmalingam berkata, penduduk di negeri ini dan kawasan Utara sudah lama mengidamkan gedung IKEA mereka sendiri dan impian mereka menjadi kenyataan.

Majlis pelancaran itu disempurnakan  oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan turut dihadiri Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer.

 

Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer.

 

Bagi memastikan kelancaran pelanggan, IKEA Batu Kawan yang merupakan gedung keempat di negara ini turut dilengkapi 1,955 tempat parkir kenderaan selain kemudahan bas ulang-alik percuma antara Design Village yang disediakan dari pukul 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Buat yang belum mengunjungi stor terbaru ini, boleh  rancang perjalanan anda dan rasai pengalaman membeli-belah di sini. Kalau tak membeli pun boleh cuci mata sebagai terapi untuk diri.

IKLAN