Pembantu Rumah Kongsi Resipi Kacang Goreng Bawang Putih Sedap Dari Seberang

Share

Kacang Goreng Bawang Putih merupakan salah satu snek yang jadi kegemaran ramai. Sangat sedap dan ralit bila dimakan. Rangup dan ada rasa bawang putih, membuatkan sesiapa yang mencubanya susah untuk berhenti makan. Menerusi perkongsian saudari Xiyans Muhamad, beliau kongsikan resipi Kacang Goreng Bawang Putih sedap yang diperolehi dari pembantu rumah kepada kawannya. Memang sedap dan mudah. Jom lihat cara-caranya.

RESIPI KACANG GORENG BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN A:

Kacang tanah tanpa kulit beli online disini
5 ulas bawang putih kisar beli online disini


1 mangkuk kecil daun limau purut
1 kotak kecil santan beli online disini
8 cawan air
2 sudu makan garam
2 sudu makan gula

BAHAN B:
8 ulas bawang putih – cincang
Air garam

CARA MEMASAK:
1. Ambil bawang putih cincang dan kacau dalam air garam selama 5 saat. Toskan. Ia bertujuan supaya bawang putih tidak hangit bila digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga garing.


2. Bawang putih yang telah siap digoreng.


3. Basuh kacang dan bilas selama 4-5 kali. Toskan.


4. Satukan air, bawang putih kisar, daun limau purut yang telah dikoyak-koyakkan, santan, garam dan gula. Gula tidak perlu banyak kerana jika digoreng akan menyebabkan kacang mudah hangus. Panaskan campuran ini.


5. Bila santan sudah mendidih, rasa. Jika kurang masin, tambah garam. Kemudian padamkan api. Tuang kacang yang telah ditoskan tadi.


6. Rendam kacang selama 1 – 1 1/2 jam. Pastikan kacang tenggelam. Jika air kurang, boleh tambah air panas.


7. Bila sudah cukup masa rendaman, toskan kacang tadi. Tidak perlu bilas ya. Toskan sahaja.


8. Panaskan minyak dengan banyak. Untuk tahu minyak sudah masak atau tidak, masukkan sebiji kacang. Jika timbul, itu tandanya minyak sudah cukup panas.
9. Goreng kacang dengan api sederhana dan selalu dikacau. Bila kacang nampak perang, boleh angkat dan toskan minyaknya.


10. Sejukkan kacang di dalam dulang. Tabur bawang putih goreng dan sedikit garam. Gaul mesra.


11. Kacang Goreng Bawang Putih siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Xiyans Muhamad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN