Pekasam Daging Homemade Mudah Buat, Sedap Ya Amat

Share

Raya korban beberapa hari lagi. Bila dapat daging korban nanti bolehlah buat  pekasam daging ni. Menu simple macam ni memang boleh berulang kali menambah. Kalau beli pun boleh tahan harganya. Jadi buatlah sendiri, puas hati menikmatinya.

Pekasam Daging

Bahan-bahan:

  • 800g daging dihiris nipis (jangan nipis sangat tau agak ye)
  • asam keping (basuh dulu)
  • 4 sudu makan garam (saya guna garam bukit tak masin sangat)
  • ½ cawan beras

Cara membuat:

1.Sangai(goreng) beras sampai warna keperangan.(basuh beras dulu,toskan air kemudian terus sangai)

2.Gaulkan garam dan asam keping.Ketepikan dulu.

3.Blend beras yang sangai tadi. Saya blend tak hancur sangat sebab nak rasa tekstur beras rangup gitu bila goreng nanti,tapi ikut pada masing-masing, nak blend hancur terus pun boleh. 

4.Tuang beras blend tadi dan gaulkan rata.

5.Gaul sampai daging bersalut dengan beras. Dah siap gaul,masuk dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk (bahagian bawah) 3/4 hari. Siap untuk dinikmati.

Kredit: Norsharmiza Ashikin

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN