Kalau tekak tengah craving lauk pedas-pedas power, resipi Ikan Kembung Balado Daun Limau
ni memang kena pada masanya. Ikan kembung yang digoreng rangup, disalut pula dengan sambal balado yang menyengat tapi seimbang rasanya. Yang buat lain dari biasa — aroma daun limau purut yang segar dan menaikkan selera.Menu ni sangat mudah disediakan tapi hasilnya nampak macam lauk restoran. Sesuai dijadikan lauk tengah hari atau makan malam bersama nasi panas dan ulam-ulaman. Jom cuba resipi simple tapi mantap ni, confirm sepinggan nasi tak cukup!
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugor
4-5 helai daun limau – hiris/siat
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR KASAR:
10 biji cili padi
3 biji cili besar merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official