Pedas Menyengat. Ini Cara Buat Sambal Tumbuk Berapi Yang Sedap.

Share

Bagi peminat masakan pedas, sambal tumbuk berapi perkongsian saudari Aisha Shukor ni pastinya salah satu hidangan wajib cuba. Sangat ringkas tapi memang membuka selera. Kalau nak tambah lauk, cukup sekadar menambah telur goreng atau ikan goreng bersama hidangan sayur. Jom cuba resipi Sambal Tumbuk Berapi ni. Memang padu.

 

RESIPI SAMBAL TUMBUK BERAPI

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan bilis (beli ONLINE)
  • Udang kering ( beli ONLINE)
  • 20 biji cili api
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 keping asam gelugur
  • Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api. Jangan tumbuk terlalu halus.

2. Masukkan ikan bilis dan udang kering. Pecah-pecahkan.

3. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga betul-betul garing.

4. Tambahkan garam secukup rasa dan juga 1 sudu gula. Sederhanakan api dan masak sambal hingga betul-betul kering.

5. Angkat dan tapis minyaknya. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas.

6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Aisha Shukor

 

Tengah usha BLENDER baru ke tu? Meh pilih DISINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN