Rasa Layan Curry Fiesta x Havoc Food Festival yang berlangsung pada 5-8 September 2024 yang lalu berakhir dengan begitu meriah. Bertempat di Parking B, Setia City Convention Centre, seramai 335,000 pengunjung telah hadir memeriahkan fiesta ini. Warga Setia Alam memang terbaik. Pecah rekod!!
HIMPUNAN PENCINTA KARI
Dengan Slogan Satu Malaysia Layan Kari, Rasa Layan Curry Fiesta merupakan anjuran fiesta kali pertama oleh portal majalah Rasa dengan kerjasama HAVOC, sempena sambutan Hari Malaysia. Fiesta ini menyaksikan lebih 300 hidangan makanan viral dari seluruh negara, termasuk Nasi Kandar, Nasi Briyani, Nasi Arab dan pelbagai hidangan kari lain yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Fiesta ini menjadi himpunan makanan viral terbesar di Malaysia yang menampilkan pengusaha makanan popular seperti Hameediyah, Nasi Kandar Express dan Matha’am serta ramai lagi usahawan makanan yang terkenal di media sosial yang memenuhi selera para pencinta makanan.
Mengapa kari yang menjadi pilihan? Hidangan kari ini merupakan salah satu menu utama dan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kari mampu menyatukan semua. Ia sudah sebati dalam kehidupan kita dan tidak hairanlah ia menjadi pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia. Makanan menjadi ejen penyatuan rakyat Malaysia.
Penganjuran fiesta ini merupakan bukti bahawa rakyat Malaysia amat mencintai kedamaian dan keharmonian hidup berbilang bangsa. Makanan mampu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat.
Antara vendor yang memeriahkan Rasa Layan Curry Fiesta ialah Hameediyah, Nasi Kandar Express, Nasi Daging Kedah Kahaq, Nasi Kebuli, Nasi Kenduri, Nasi Ganja Senah Catering, Gulai Kawah Chaq Catering, Arieni’s Roti Jala & El Ocho, Nasi Kandar Matha’am, VC Venture dan Hubmeal.
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK
Selain daripada pesta makanan, pengunjung juga turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang empat hari ini. Antaranya termasuklah pameran kereta berhias Hello Kitty, Pertandingan Teh Tarik Kaw Kaw bersama Fakir The Teh Tarik King, Pertandingan Roti Canai Terbang Tinggi bersama Chef Matt, Raja Roti John, Siapa Lagi Power? bersama Kewpie, King & Queen Roti Canai Ekspres Ultra bersama redONE Mobile dan Demo Masakan Kari Sajian Istana & Daging Masak Jintan bersama Jalen.
Ads
Pihak Havoc Food Festival turut menganjurkan pelbagai program menarik seperti Majlis Ilmu: Ilmu Apa Hari Ini, Majlis Havoc Berselawat, Meet & Greet, Busking, Clown & Magic Show,Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Memanah dan Pertandingan Congkak.
Memang meriah habis Rasa Layan Curry Fiesta ni dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung. Paling meriah apabila adik Amsyar menyertai Pertandingan Roti Canai Terbang Tinggi. Skill dan aksi yang ditonjolkan oleh adik Amsyar ni memang memukau para pengunjung. Malah, Chef Matt pun turut terpesona melihat adik Amsyar beraksi di atas pentas. Cukup gamat suasana di tapak pesta!
Pertandingan Raja Roti John, Siapa Lagi Power? bersama Kewpie menyaksikan tiga peserta memasak Roti John yang paling kemas, pantas, kreatif dan menyelerakan menggunakan produk Kewpie. Saingan memang sengit. Semua hidangan nampak begitu menyelerakan! Pemenang menerima produk Kewpie bernilai RM100.
Untuk King & Queen Roti Canai Ekspres Ultra bersama redONE Mobile pula, sebanyak tiga sesi telah diadakan untuk memilih King & Queen Roti Canai. Setiap sesi mempunyai 10 peserta yang terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan. Setiap peserta diberikan lima keping Roti Canai dan hanya lima minit diberikan kepada para peserta. Siapa yang makan Roti Canai paling banyak dalam masa yang telah ditetapkan akan terpilih sebagai King & Queen. Hadiah pun bukan biasa-biasa, pemenang membawa pulang wang tunai bernilai RM300. Memang syok!
Tak lengkap rasanya kalau tiada demo masakan di dalam Rasa Layan Curry Fiesta ni. Rasa turut mengadakan Demo Masakan Kari Sajian Istana & Daging Masak Jintan bersama Jalen oleh Chef Razak. Masakan jadi lebih mudah apabila menggunakan produk dari Jalen. Rasa masakan pun bertambah enak. Anda wajib cuba resipi Chef Razak ni. Sekejap je dah siap.
Ads
Bukan itu saja, ada juga aktiviti CSR yang dianjurkan oleh Rasa iaitu pemberian 250 pek Nasi Kandar kepada abang riders secara percuma tajaan PRESMA sebagai pengiktirafan di atas sumbangan abang riders dalam industri makanan negara. Selain itu, Rasa dengan kerjasama Mercure Hotels Kuala Lumpur, Glenmarie berganding bahu dengan mengedarkan 250 pek Kari Ikan Jenahak percuma kepada para pengunjung yang hadir ke tapak fiesta.
Rasa Layan Curry Fiesta turut dirasmikan oleh YB. Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor. Terima kasih YB!
Ads
TERIMA KASIH SEMUA!
Kami di pihak portal Majalah Rasa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam Rasa Layan Curry Fiesta terutama buat rakan kolaborasi iaitu Havoc Food Festival.
Terima kasih diucapakan kepada penaja bersama Rasa Layan Curry Fiesta iaitu Kewpie, Jalen, redONE Mobile, Hameediyah dan Nasi Kandar Express. Juga tidak dilupakan buat rakan PBT, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta rakan komuniti iaitu Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Nasi Kandaq Hunters (NKH) dan Hello Kitty Cars Malaysia.
Terima kasih kerana turut menjayakan Rasa Layan Curry Fiesta. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dah bosan dengan menu biasa untuk dihidangkan buat keluarga? Apa kata masak sesuatu yang istimewa untuk minum petang atau makan malam nanti. Resipi yang dikongsi oleh Chef Abang Brian dan Chef Zam Akmal boleh dijadikan ilham menu untuk anda hidangkan buat keluarga.
Jom kita masak-masak dengan Chef Abang Brian dan Chef Zam Akmal dengan tema 1,2,3 Cheese #SusuNewZealand! Hero kita tidak lain tidak bukan, Anchor Cheese Slices.
Kedua-dua chef ini menghasilkan menu yang buat anda tak sabar nak cuba. Chef Abang Brian dengan menu Mac & Cheese Sambal Tempe dan Bebola Salmon Keju Anchor. Manakala Chef Zam pula menyediakan Murtabak Keju Cream Crackers dan Apam Balik Anchor Cheese Special. Keempat-empat menu ni memang menyelerakan. Tambah gamat suasana di dapur bila kedua-dua chef ini dibantu oleh host yang tidak asing, Fiza Frizzy.
Yang penting, gunakan Anchor CheeseSlices kerana keju ini diperbuat daripada susu segar lembu dari New Zealand yang dijaga rapi dan diberi makan rumput yang segar. Tidak dapat dinafikan bawa keju ini merupakan keju yang berkualiti tinggi dan sedap dimakan. Jadi, dapatkan produk Anchor Cheese Slices yang kaya dengan kalsium dan protein yang baik untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Anchor Cheese Slices ini boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam masakan yang mudah malah boleh dimakan begitu sahaja pada bila-bila masa. Bukan saja berkhasiat, masakan juga pastinya menjadi lebih sedap dan berkrim!
Kami kongsikan empat resipi menggunakan Anchor Cheese Slices yang boleh anda cuba di rumah. 1,2,3 Cheese #SusuNewZealand
BEBOLA SALMON KEJU ANCHOR
Bahan-bahan:
Bahan A :
2 cawan beras sushi
2 cawan air
1 sudu besar kecil gula kaster
1 sudu kecil cuka putih
Bahan B :
12 keping Anchor Cheese Slices
2 sudu besar Anchor Butter (Unsalted)
1/2 cawan bawang kuning, dicincang
1/2 cawan lada benggala, dicincang
2 helai daun bawang, dihiris nipis
150g salmon, dibakar dan dicarik-carik
6 kepingan seaweed
Untuk sos:
2 sudu besar mayo + 1 sudu besar wasabi
Untuk hiasan:
Daun bawang, bijan dan radish
Cara Memasak:
Tanak bahan A seperti nasi biasa dalam periuk nasi elektrik. Biarkan menyejuk sebelum digunakan.
Dalam kuali leper, tumiskan bahan B sehingga cukup lembut. Biarkan menyejuk.
Dalam mangkuk besar gaulkan nasi bersama bahan tumis B, salmon dan seaweed yang dihancurkan.
Gunakan 6 kepingan Anchor Cheese Slices untuk dijadikan bentuk bebola. Salutkan dengan campuran nasi dan ikan salmon. Padatkan dan bentukkan bebola besar.
Letakkan bebola nasi atas loyang pembakar dan letakkan sekeping Anchor Cheese Slices atas setiap satu bebola. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C atau sehingga keju cair dan keperangan.
Hidangkan dengan sos mayo wasabi dan hiaskan dengan daun bawang, bijan dan radish.
MAC AND CHEESE SAMBAL TEMPE
BAHAN-BAHAN:
200gm Anchor Cheese Slices
200gm Anchor Cheese Slices | dihiris kasar
2 ½ cawan Anchor Cooking Cream
1 ½ cawan Anchor Susu UHT
½ cawan Anchor Butter (Unsalted)
450g pasta elbow, dimasak ikut arahan paket
½ cawan tepung gandum
Secubit garam
Lada hitam
Sambal Tempe
Bahan tumbuk:
1 tomato, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
2 biji cili api
1 paket tempeh, dipotong dadu dan digoreng garing
Gula dan garam secukup rasa
Untuk hiasan:
Cili merah, ketumbar
CARA MEMASAK:
Dalam kuali tumiskan bahan tumbuk dengan minyak secukupnya sehingga lembut. Kisarkan dan gaulkan bersama tempeh dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Dalam periuk, cairkan Anchor Butter (Unsalted). Masukkan tepung gandum sekali gus dan masak sambil mengacau sehingga bau tepung menghilang. Masukkan Anchor Susu UHT sambil mengacau. Masukkan Anchor Cooking Cream dan reneh sehingga memekat. Tutupkan api. Gaulkan bersama sambal tempeh yang disediakan di langkah 1 dan Anchor CheeseSlices yang dihiris kasar.
Gaulkan bersama pasta yang telah dicelur. Tuangkan dalam loyang tahan haba. Susunkan Anchor Cheese Slices atas permukaan. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C untuk 15 minit atau sehingga keju cair dan mula menjadi keperangan.
Taburkan cili merah dan daun ketumbar.
MURTABAK KEJU CREAM CRACKERS
BAHAN INTI :
24 keping Anchor Cheese Slices
400gm daging cincang
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu serbuk kari
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
BAHAN LAIN :
3 sudu Anchor Butter (Salted)
1 cawan Anchor Cooking Cream
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 pek biskut cracker
10 biju telur
1 biji bawang Holland (untuk menumis nanti)
Sedikit daun bawang/ daun sup
Hirisan cili
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kecuali butter, cheese dan bawang. Perap selama 5 minit.
Cairkan Anchor Butter (Salted) dan tumiskan bawang Holland.
Masukkan bahan perap tadi dan tumis hingga daging masak.
Tabur daun bawang/sup.
Untuk bahan lapisan; campurkan susu cair, Anchor Cooking Cream dan air.
Celupkan biskut cracker dalam bahan di atas sebelum dilapis bersama inti yang dimasak tadi.
Tuangkan telur.
Letakkan Anchor Cheese Slices di setiap lapisan yang dibuat.
Ulang hingga dapat 5 lapis.
Bakar selama 40 minit pada suhu 140c.
Hiaskan dengan daun bawang/daun sup serta hirisan cili.
APAM BALIK ANCHOR CHEESE SPECIAL
BAHAN-BAHAN :
1 ½ cawan Anchor Full Cream Milk
Anchor Butter (Unsalted) untuk mengoles
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
BAHAN INTI :
6 keping Anchor Cheese Slices
Anchor Butter (Unsalted)
Nestum
Jagung manis dalam tin
Gula halus
CARA MEMASAK:
Gunakan pengisar, masukkan semua bahan iaitu tepung gandum, gula, telur, baking powder, soda bikarbonat, Anchor Full Cream dan pewarna kuning.
Perap 30 minit sebelum digunakan.
Oleskan Anchor Butter (Unsalted) di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
Biarkan seketika dan sementara masak, letakkan Anchor Cheese Slices dan taburkan semua bahan ikut cita rasa.
Di tengah kesibukan kota dan rutin harian yang padat, Majalah RASA dengan kerjasama JALEN mengambil inisiatif untuk mendekati masyarakat melalui pelaksanaan program-program komuniti yang bermanfaat dan berinspirasi.
Program-program ini bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan produk, tetapi juga untuk memperkukuhkan hubungan antara jenama dan masyarakat. Dengan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif, JALEN berusaha mencipta platform di mana masyarakat dapat berkumpul, berkongsi cerita dan merasai keunikan rasa sajian yang dimasak menggunakan produk keluaran syarikat milik bumiputera muslim ini.
Program Demo Masakan Harian adalah salah satu program komuniti dimana JALEN telah mengundang khas Chef Syamil Halek untuk berkongsi resipi-resipi menarik yang boleh dimasak menggunakan produk mereka.
Lokasi pertama adalah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Bila sebut sekolah, pasti ingat pelajar kan? Ha… Kali ini JALEN menyantuni para guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa dan juga para ibu bapa dari PIBG. Memang sangat meriah. Mana tidaknya, cikgu-cikgu dan juga mak ayah semuanya sangat ‘sporting’.
Chef Syamil berkongsi 3 resipi; Creamy Tomato Soup, Burger Ayam Bakar Thai dan Sirap Lychee Jelly Ball. Semuanya enak-enak belaka!
Seronok para peserta bila dapat mencuba air tangan chef. Sesi pop kuiz pun meriah. Semua teruja nak menang hadiah!
Untuk lokasi kedua, Majalah RASA dan JALEN berkunjung pula ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kali ini untuk menyantuni para peserta Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI).
Chef Syamil juga tidak keseorangan. Beliau ditemani Atu Zero selaku pengacara majlis. Jika ada Atu, memang gamat suasana. Celotehnya yang bersahaja, menghiburkan semua peserta hadir. Memang ‘happening’! Ada sahaja usikan untuk para peserta yang rata-ratanya adalah bakal pengantin baru.
Resipi yang dikongsi pula adalah menu-menu masakan harian yang sesuai dicuba oleh pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga. Menunya adalah Bagel Scramble Egg Cheese, Ayam Sambal Bunga Kantan dan Ayam Korea Bajet.
Sangat sedap! Alhamdulillah, semua peserta yang hadir dapat merasa semua menu yang chef masak pada hari tersebut malah dapat cenderahati istimewa lagi dari JALEN dan juga Majalah RASA.
Dari program masak-masak, JALEN turut turun padang bersama Majalah RASA untuk lebih dekat lagi dengan masyarakat menerusi Rasa Layan Curry Fiesta. Empat hari berkampung di Setia City Convention Centre demi bersama masyarakat setempat. Sangat-sangat ‘best’. Banyak promosi yang JALEN bawa.
Aneka kicap, sos dan kordial minuman memang kaw-kaw punya promosi. Mana tidaknya, dengan hanya RM10, macam-macam produk boleh beli. Pendek kata, siapa yang datang, balik pasti ada beg JALEN di tangan.
Selain promosi di booth, di pentas utama, JALEN juga mengadakan Demo Masakan bersama chef professional yang dibawa khas dari Johor iaitu Chef Razak yang berkongsi resipi Kari Istana dan Daging Masak Jintan istimewa yang dimasak menggunakan produk JALEN.
Aktiviti masak-masak begini memang sangat mengujakan. Masing-masing seronok bila dapat merasa air tangan chef profesional sampai ada yang minta tambah. Terbukti bila masak guna produk JALEN ni rasa memang sedap!
Terima kasih yang tidak terhingga buat JALEN kerana sudi bekerjasama dengan Majalah RASA bagi memeriahkan tahun 2024 ini dengan pelbagai program serta aktiviti yang menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Semoga berjumpa lagi di masa yang akan datang. JALEN Pastinya Pilihan Anda!
Kehangatan Hari Raya Aidilfitri kian terasa. Setelah sekian lama tidak menyambutnya dengan sempurna, tahun ini Syawal kembali bermakna apabila berpeluang pulang ke kampung halaman untuk merayakan hari lebaran bersama-sama.
Selain berpeluang berjumpa sanak saudara, paling ditungu tentunya aneka juadah raya yang enak untuk hidangan di hari lebaran dan juga sajian buat tetamu yang datang bertandang.
Risau masakan anda ‘kurang menjadi’ sebab sudah lama tak masak dalam jumlah yang banyak? Jangan risau… Rangkaian produk dari Ajinomoto Malaysia kan ada. Pastinya boleh membantu anda di dapur bagi menambahkan lagi keenakan masakan raya.
Ajinomoto membantu menjadikan tugas-tugas memasak anda jadi lebih mudah dan cepat. Tidak perlu guna banyak penambah perisa. Hanya sedikit sahaja, sudah cukup menaikkan rasa. Paling penting, menu-menu tersebut enak, kekal bergizi dan berkhasiat.
Tak perlu gusar lagi. Jadikan AJI-NO-MOTO® Penambah Perasa, Seri-Aji® Perencah Berasaskan Menu dan Tepung Goreng,AJI-SHIO® Lada Berperisa, Rasa Sifu™ Penambah Perisa Semua Dalam Satu & TUMIX® – Perencah Pati Ayam dan Ikan Bilis sebagai teman pembantu di dapur di musim perayaan ini.
Istimewa buat anda, Ajinomoto Malaysia ingin bersama-sama meraikan Syawal dengan kongsi pelbagai resipi menu raya yang boleh dimasak sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Semuanya sedap dan mudah disediakan. Semoga sambutan tahun ini lebih bermakna buat anda sekeluarga. Selamat mencuba!
1. TAUHU BERGEDIL
BAHAN-BAHAN A: INTI
Secukupya minyak masak
200 g isi ayam – dicincang
½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
2 biji kentang russet – dibuang kulit dan di potong nipis
1 batang daun bawang – dihiris
4 sudu besar bawang goreng
2 ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
BAHAN-BAHAN B:
18 tauhu goreng
2 biji telur – dipukul
½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
8 biji cili padi – dihiris
BAHAN-BAHAN C: SOS
10 batang cili padi
2 ulas bawang putih
½ cawan kicap manis
1 sudu kecil jus limau nipis
CARA MEMASAK:
Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan isi ayam.
Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa, kacau sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan secukupnya minyak masak, gorengkan kentang sehingga lembut dengan api perlahan.
Lenyekkan kentang sehingga lumat.
Masukkan isi ayam, daun bawang, bawang goreng dan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Gaul sehingga sebati.
Potong permukaan tauhu kering dan masukkan inti kedalam tauhu.
Pukul telur bersama AJI-SHIO® Lada Berperisa.
Salutkan tauhu dengan bancuhan telur dan goreng sehingga keperangan.
Untuk membuat sos, kisarkan kesemua bahan (C) sehingga lumat.
Taburkan cili padi pada tauhu. Sedia untuk dihidang.
2. RENDANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
½ cawan minyak masak
1 kg ayam – dipotong
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1 cawan santan
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
20 g gula melaka
1 sudu besar kicap manis
1½ sudu kecil garam
2 sudu besar kerisik
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili kering – direbus
½ cawan air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan kisar (A) sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau dan biar sehingga ayam separuh masak.
Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan masukkan santan.
Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, gula Melaka, kicap manis dan garam.
Kacau sehingga sedikit kering dan naik minyak.
Tambahkan kerisik, gaul sekata dan masak sehingga kering.
Sedia untuk dihidang.
3. KUAH LODEH
BAHAN-BAHAN:
3 sudu besar minyak masak
1 ½ liter air
250 g kubis, dipotong
150 g lobak merah – dipotong nipis
150 g kacang panjang – dipotong
1 cawan udang – dibersihkan
1 keping santan
1 keping fucuk – direndam
30 gm suhun – direndam
1 keping tempe – dipotong kepingan dan digoreng
2 keping tauhu – dipotong kepingan dan digoreng
3 sudu besar RASA SIFU™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
2 sudu kecil gula
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 inci kunyit hidup
5 tangkai cili kering – direbus
15 gm udang kering
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan kisar (A) sehingga pecah minyak.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan kubis, lobak merah, kacang panjang, udang dan santan. Didihkan sehingga sayur sedikit masak.
Masukkan pula fucuk, suhun, tempe goreng dan tauhu goreng.
Perasakan dengan RASA SIFU™ dan gula. Kacau rata.
Sedia untuk dihidang.
4. REMPEYEK
BAHAN-BAHAN:
100 gm SERI-AJI® Tepung Goreng Berempah
20 gm tepung beras
½ sudu kecil serbuk ketumbar
¼ sudu kecil serbuk jintan manis
¼ sudu kecil serbuk jintan putih
100 ml santan
200 ml air
1 sudu kecil air kapur
1 biji telur
150 gm kacang tanah – disangai
150 gm ikan bilis, dibasuh dan dikeringkan
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan SERI-AJI® Tepung Goreng Berempah bersama tepung beras, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Gaul sebati.
Masukkan santan, air, air kapur dan telur. Gaul sebati.
Panaskan minyak masak dengan api perlahan dan celup acuan seketika.
Letakkan 1 sudu kecil bancuhan tepung di atas acuan.
Masukkan sedikit kacang dan ikan bilis.
Masukkan acuan di dalam minyak panas. Tunggu sehingga rempeyek tertanggal dari acuan. Goreng sehingga keperangan.
Rendam selama 1 jam bersama-sama bahan-bahan (A), kecuali daun pandan.
Tapis dan cuci bersih beras pulut.
Kukus beras bersama daun pandan selama 15 minit.
Campurgaulkan bahan-bahan (B).
Keluarkan pulut dari pengukus. Tuangkan bancuhan (B) ke atas pulut. Gaul rata.
Kukus semula selama 10 minit atau sehingga santan kering.
Sedia untuk dihidang.
6. SATE
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam / daging lembu – dipotong dadu
40 batang lidi sate
1 cawan air
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 ½ sudu besar TUMIX®Perencah Pati Ayam
5 sudu besar gula perang
3 sudu besar minyak masak
¼ cawan air
CARA MEMASAK:
Kisar halus ke semua bahan-bahan (A).
Campurgaul bersama isi ayam atau daging, cucuk pada lidi dan perapkan selama 1 jam di dalam peti sejuk.
Gaul sebati air, gula dan minyak masak.
Panaskan kuali leper atau pemanggang, panggang sate.
Renjiskan sate dengan campuran air gula ketika memanggang.
Sedia untuk dihidang.
7. KEREPEK POPIA PEDAS
BAHAN-BAHAN:
24 keping kulit popia – saiz sederhana
2 sudu besar tepung ubi – dicampur dengan 3 sudu besar air
1 liter minyak masak
1 sudu kecil asam jawa – dicampur dengan ¼ cawan air
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
6 sudu besar gula
2 sudu besar bijan
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR HALUS
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering – direbus
CARA MEMASAK:
Potongkan kulit popia kepada 2 keping segi empat tepat.
Gulungkan kulit popia secara memanjang dan lekatkan dengan campuran tepung ubi.
Potongkan menyerong sepanjang 2 cm.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak, ketepikan.
Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan gula.
Apabila sambal mendidih, masukkan kulit popia goreng dan gaul rata.
Taburkan bijan di atas permukaan dan gaul rata.
Biarkan ianya sejuk dan sedia untuk dihidang.
8. AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – dipotong
1 sudu besar SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan
Secukupnya minyak masak
BAHAN-BAHAN A: KUAH
3 paket SERI-AJI® Perencah Masak Merah
¾ cawan air
1 biji bawang besar – dihiris nipis
1 biji bawang kuning – dihiris bulat
2 tangkai daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan.
Gorengkan sehingga garing dan ketepikan.
Gaul SERI-AJI® Perencah Masak Merah bersama air sehingga sebati.
Panaskan ½ cawan minyak gorengan, tumis bawang besar sehingga layu.
Masukkan bancuhan SERI-AJI® Perencah Masak Merah, didihkan sehingga pekat.
Masukkan ayam goreng dan bawang kuning. Gaul sehingga kuah menyaluti ayam.
Hidang dan taburkan daun ketumbar di atas ayam masak merah.
Sedia untuk dihidang.
9. SAMBAL GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan minyak masak
½ sudu besar asam jawa – dibancuh bersama sedikit air
½ sudu besar kicap manis
1 ½ sudu besar Rasa SifuTM Penambah Perisa Semua Dalam Satu
200 gm lobak merah – dibelah dua memanjang dan dihiris nipis
12 ekor udang – dibersihkan
200 gm kacang panjang – dipotong memanjang
1 keping tempe – dipotong nipis dan digoreng
2 biji tauhu – dipotong nipis dan digoreng
200 gm kentang – dipotong kecil dan digoreng
50 gm suhun – direndam sehingga lembut
1 keping fucuk – direndam sehingga lembut
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering – direbus
1 inci halia
1 batang serai – dipotong kasar
5 gm udang kering
½ cawan air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar (A) sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kicap manis dan Rasa SifuTM. Gaul sehingga sebati.
Masukkan lobak merah dan kacau sehingga lembut.
Masukkan udang dan kacang panjang, gaul sehingga udang masak.
Campurgaulkan sehingga sekata bersama tempe, tauhu, kentang, suhun dan fucuk.
Sedia untuk dihidang.
10. ROTI JALA BERSAMA KARI AYAM
BAHAN-BAHAN ROTI JALA:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
½ cawan santan
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
2 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
Kisarkan semua bahan bersama AJI-NO-MOTO® sehingga lumat dan sebati. Tapiskan bancuhan.
Dengan menggunakan acuan roti jala, tuangkan di atas kuali leper membentuk jaring.
Setelah masak, lipatkan satu bahagian ketengah, lipatkan kiri dan kanan untuk membentuk segi empat dan gulung membentuk silinder. Ulang untuk kesemua bancuhan.
Sedia dihidang bersama kari ayam.
BAHAN-BAHAN KARI AYAM:
½ cawan minyak masak
4 sudu besar serbuk kari daging
200 g isi ayam, dipotong kecil
50 gm kentang, dipotong dadu kecil
1 tangkai daun kari
1 sudu besar asam jawa – dicampur dengan 2 cawan air
½ cawan santan
1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR HALUS
1 ½ biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 inci halia
BAHAN-BAHAN B:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan-bahan (A) dan (B) hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam, kentang, daun kari dan air asam jawa. Biarkan sehingga kentang empuk.
Masukkan santan dan biarkan mendidih. Perasakan dengan Perencah Pati Ayam TUMIX®, garam dan gula.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!