Peanut Butter Sihat Homemade Sesuai Diet, Tanpa Pengawet Dan Garam

Share

Jika anda penggemar makanan sihat atau sedang dalam fasa berdiet, bolehlah mencuba resipi peanut butter homemade ini. Tanpa pengawet dan tanpa garam.

Biasanya peanut butter sihat ini harga jualannya agak mahal. Jadi, kalau buat sendiri lebih jimat. Nak buat pun tak susah. Jadi, bolehlah cuba resipi perkongsian daripada Aida Razalli ini. Menurutnya, resipi ini dapat menghasilkan 300 gram peanut butter.

PEANUT BUTTER SIHAT HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

500gm kacang (guna kacang shandong lebih sedap) – Boleh beli online di sini

1 sudu minyak sayuran

1 sudu madu (optional, untuk rasa manis) – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Panaskan oven pada suhu 180°c.

Bakar kacang tadi pada suhu 180°c selama 10 minit sehingga kacang nampak kekuningan.

Jika kacang dibakar bersama kulit coklatnya, pastikan kacang bakar tadi bersih daripada kulit sebelum dikisar.

Kacang yang telah dibakar tadi masukkan ke dalam pengisar. Kemudian, masukkan minyak masak dan juga madu.

Kisar kacang bakar tadi sehingga tekstur kacang menjadi halus dan nampak berkrim. Masa mengisar bergantung kepada kualiti pengisar anda.

Jika sudah mendapat tekstur halus dan berkrim yang dikehendaki, maka peanut butter anda telah pun siap.

Masukkan peanut butter yang telah siap ke dalam jar dan simpan dalam peti sejuk.

Jika anda mahukan peanut butter

yang kasar, anda boleh asingkan sedikit kacang bakar tadi dan kisar kasar. Kemudian, campurkan ke dalam peanut butter halus tadi.

Peanut butter tanpa pengawet ini boleh tahan sehingga 2 – 3 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk dan teksturnya akan kekal lembut.

Kalau yang sedang berdiet, peanut butter ini sedap dimakan dengan roti gandum penuh. Juga bagus untuk dihidangkan buat anak anak.

Selamat mencuba.

Kredit: Aida Razalli

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN