Village Park Resturant ternyata tidak perlu diperkenalkan lagi. Bagi yang biasa, pasti tahu akan keenakan juadah disini. Paling istimewa, sajian nasi lemaknya yang menjadi bualan ramai. Restoran ini juga merupakan tempat makan yang menjadi kegemaran serta pilihan selebriti tanah air, ahli-ahli politik serta para VVIP. Antara yang pernah menjamu selera disini ialah Perdana Menteri; Dato Seri Najib Tun Razak, jaguh badminton negara; Dato’ Lee Chong Wei dan ramai lagi.
Foto: Facebook/ Village Park Restaurant
Jangan tak tahu, ia juga adalah restoran kegemaran Tun Dr Mahathir untuk bersarapan tau. Lihatlah ‘moment’ Tun M diserbu rakyat yang nak ‘selfie’ bersama beliau. Happening sungguh! Tun pun sangat ‘sporting’.
Sajian paling popular di restoran ini adalah Nasi Lemak Ayam Goreng. Bunyinya agak biasa tapi percayalah, rasanya memang luar biasa! Nasi dimasak lembut dan wangi, dihidang bersama sambal enak serta dilengkapi dengan ikan bilis garing, kacang tanah rangup, hirisan timun segar, potongan telur yang direbus sempurna dan dialas dengan daun pisang. Fuh!!! Memang beraroma dan rasa sempurna.
Ayam goreng di restoran ini dikatakan antara yang terbaik di KL. Tekstur ayam gorengnya yang bersaiz besar, garing diluar dan lembut di dalam juga menjadi sebab hidangan ini mendapat permintaan tinggi. Selain ayam goreng, nasi lemak disini juga boleh dipesan bersama lauk sampingan yang lain. Antara yang mendapat rating tertinggi dikalangan pelanggan adalah Sambal Sotong dan Rendang Daging. Wow!
Jika tak terasa nak makan nasi lemak, usah risau. Anda tak akan pulang dengan perut kosong! Ini kerana terdapat pelbagai lagi pilihan lain yang boleh dicuba. Antara yang ada dan mendapat komen baik dari pelanggan ialah Lontong, Soto, Mi Udang Penang, Assam Laksa, Mi Rebus Singapure, Mi Kari, Rendang Daging dan Set Nasi Dagang. Malah anda juga boleh menikmati Chee Cheong Fun, Ipoh Hor Fun Soup, dan Pan Mee. Bagi yang tak nak makan sajian berat, ada juga disediakan Roti Sambal, Roti Kukus, Roti Bakar dan bermacam-macam lagi.
Bagi yang nak bersarapan disini, ia dibuka seawal jam 6.30 pagi. Restoran yang terletak di Jalan SS21 / 37, Damansara Utama ini sememangnya dipenuhi pelanggan terutamanya pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh itu disarankan untuk datang lebih awal atau datang diluar waktu puncak untuk menikmati pengalaman makan disini dengan selesa.
Ads
INFO RESTORAN:
Village Park Restaurant
5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie meraikan rakan korporat, warga kerja dan anak-anak
yatim dalam Majlis Citarasa Desa Bufet Review yang diadakan di Kites Restaurant, Shah Alam, Selangor.
Pada majlis ini 35 orang anak yatim berusia antara empat hingga enam tahun itu dari Rumah
Nur Sakinah, Bandar Pinggiran Subang telah menerima sumbangan ikhlas dan buku
pendidikan serta buku aktiviti dari Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Majlis ini telah
dirasmikan oleh Pengurus Besar Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie dan Datuk Aznil Haji
Nawawi. Selain Datuk Aznil Haji Nawawi, antara yang hadir memeriahkan majlis adalah Shiha
Zikir, Qody, Pasha, Nizam Laksamana, Ezlyn, Kay Khydir, Zaim, Lana Nordin dan beberapa lagi
artis di bawah pentadbiran Musik-Musik.
Dalam pada masa yang sama, pihak hotel mengadakan Bufet yang bertemakan
‘Citarasa Desa’ bersama 200 sajian disertakan beberapa ‘stall’ berkonsepkan masakan
tradisional, bazar ramadan, dan suasana kampung ini pasti memeriahkan lagi ramadan nanti.
Antara hidangan istimewa yang telah disediakan oleh professional chef kami ialah Kambing
Golek, Satay Klasik Othman, Nasi Briyani Ketuk Ramadan, Selera Gulai Kawah, Ikan Bakar
Aroma Desa, Ayam Percik Merecik, Sup Gearbox, Durian Kampung, Bubur Lambuk,
Dodol Durian Kampung, Aneka Kerabu dan Pencuci Mulut yang pastinya menepati selera.
Kali ini, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie telah membawa Chef Professional iaitu Othman
Abu Baker, yang telah berkhidmat di dalam bidang masakan hampir 30 tahun untuk menjadi
ketua masakan bagi Ramadan kali ini. Selain itu, hotel juga telah membuat resepi baru
untuk menarik pelanggan menjamu selera. Antara tarikan berbuka dengan kami ialah
mendapat parking percuma, WiFi, tempat permainan kanak-kanak, Surau, live band, badut,
pertunjukan masakan dan pelbagai lagi.
HARGA CITA RASA DESA BUFET, KITES RESTAURANT
TARIKH NORMAL
6 Mei 2019 – 4 Jun 2019
TARIKH EARLY BIRD
SEKARANG– 30 April 2019
WAKTU OPERASI
6.30 PM – 10.30 PM
HARGA NORMAL
Dewasa RM 148 nett
Kanak-kanak RM 75 nett
Warga emas RM 99
HARGA EARLY BIRD
Dewasa RM 118 nett
Kanak-kanak RM 48 nett
(6 – 12 tahun)
Warga emas RM 88
(55 tahun ke atas)
Bagi orang Johor yang rindu akan menu masakan asli Johor, bolehlah singgah ke Restoran Bisik-Bisik. Restoran ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. RASA telah mencuba menu yang sangat popular di sini. Memang terbaik. Paling korang kena try adalah Kacang Phol dan juga mi bandung udang galak. Kalau korang nak tahu, udang galah ada 3 jenis iaitu A, B dan C. Kategori ini adalah berdasarkan kepada saiz udang galah tu. Kalau yang besarm tentulah saiz A.
Kuah kacang phol ni sedap sangat. Rasanya lemak manis dan perasakan sikit dengan asam limau tu. Perghhhh. Terbaik.
Ini mi rebus gear box. Sesambil makan mi tu, korang try la sedut sum sum dalam gear box tu. Memang layan betul.
Inilah mi bandung udang galah. Yang ini saiz C. Dapat tak korang bayangkan saiz A macam mana dia punya besar?
Kalau korang memang betul-betul lapar, order la nasi ambeng. Kenyang tersandar jadinya tau.
OK. Ini air katira. Serius sedap. Lemak manis rasanya. Siap ada barli kat atas.
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 11 malam tiap hari.
Alamat: Medan Selera Anjung 7, No 9 & 10, Jalan Zirkon B7, Seksyen 7, Shah Alam.
Buat penggemar menu “chicken chop” pasti tahu menilai mana satu yang benar-benar sedap dan memenuhi citarasa. Kunjungan ke Kafe Chep’s Chicken Chop pasti tidak menghampakan. Kafe ini diberi nama ‘chep’ yang memberi maksud chef atau tukang masak.
Kafe yang terletak di pinggir bandar, iaitu di Plaza Jelutong, Bukit Jelutong ini menghidangkan makanan Barat dan Eropah mengikut cita rasa semasa.
Menurut pemiliknya Zainuddin Abu Hassan yang merupakan seorang “chef” dengan pengalaman di hotel dan mengendalikan dapur selama 25 tahun pastinya tahu apa yang terbaik buat pelanggannya.
Kafe yang diusahakan bersama isteri ini memulakan operasi sejak bulan Ogos 2020. “ Saya ingin berkongsi pengalaman sebagai Executive Chèf lebih dua dekad dengan menyajikan makanan ala Hotel dan sesuai dengan harga mampu milik.Walaupun dibuka ketika waktu pandemik, ia satu cabaran buat saya dan keluarga, tapi saya tetap menyahut cabaran sebab dengan keyakinan yang ada dan pengalaman saya mampu buat yang terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang bila mereka menikmati makanan yang disajikan,”ceritanya.
Pelbagai menu pilihan buat pelanggan
Memasuki ruang makan kafe ini ternyata memberi keselesaan untuk menjamu selera. Lebih 30 menu boleh dipesan oleh pelanggan mengikut cita rasa masing-masing.
Antara menu signature wajib cuba ialah Chicken Chop with Cheesy Cheese, Chicken Chop Salted Eggs, Meatballs (MeatBasher), Charcoal Chicken Chop Burger & Atlantic Salmon/ Salmon Aglio Olio with Mozzarella Cheese
Chicken Chop Salted Eggs memberi kepuasan sebenar buat penggemar telur masin. Potongan kepingan daging ayam dilapisi sos perasa telur masin. Salmon Panggang Atlantik’ dimasak sempurna juga dihias dengan salad dan sos enak, cukup rasa dan berbaloi menikmatinya. Selain itu kafe ini turut menyajikan Beef Steak, Sandwiches & Chep’s Caesar Salads.
Akui Chef Zainuddin sewaktu pandemik Covid-19 ini jualan kurang memberangsangkan namun media sosial seperti facebook , instagram , Telegram, Twitter banyak membantu bagi mempromosi menu yang ada di kafe ini. Buat yang ingin memesan makanan di waktu pandemik ini boleh saja lihat maklumat di bawah.
Alamat: Block C30/G, Persiaran Gerbang Utama, Plaza Jelutong, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam
Instagram: @Chep’sChickenchop
Fb: Chep’s Chicken Chop Waktu Operasi: 11am-3pm and 6pm-10pm setiap hari (tutup pada hari Isnin) Penghantaran: https://chepschickenchop.beepit.com/
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH LIHAT DI SINI.
Tepung gomak pandan ini kena cuba bagi peminat kuih tradisional. Tekstur kuih ini cukup lembut, kenyal, dengan inti kelapa manis yang wangi dan berlemak....