Makan

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Share

Terasa nak makan menu ala barat hari ni? Haa boleh buat Pasta Goreng Cili Padi Berkeju yang cukup mudah. Kalau anda suka pedas, hidangan ini memang sesuai untuk anda. Gabungan keju serta cili padi yang memikat selera. Nak lebih istimewa, pastikan anda gunakan Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Melt untuk regangan yang sempurna serta menaikkan rasa hidangan anda. Percayalah, hidangan ini akan buat anda tambah berpinggan-pinggan. Jom cuba.

PASTA GORENG CILI PADI BERKEJU

Bahan-bahan:

  • 150gram spaghetti – celur hingga al-dente & toskan
  • 150gram Perfect Italiano Perfect Melt & Perfect Italiano Mozzarella
  • 8 biji cili padi – hiris
  • 5 ulas bawang putih – hiris
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
  • Ikan bilis goreng secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Cincangan daun bawang secukupnya

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili padi dan daun kari. Tumis lagi.
  2. Masukkan spaghetti yang telah dicelur, gaul rata.
  3. Tambah serbuk pati ikan bilis dan garam secukupnya.
  4. Masukkan Perfect Italiano Perfect Melt & Perfect Italiano Mozzarella lalu gaul sebati.
  5. Tuang spaghetti dalam pinggan. Tabur ikan bilis dan hirisan bawang goreng secukupnya. Hidangkan segera.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN