Paru Goreng Berempah Rangup Yang Sedap, Boleh Jadi Lauk & Kudapan

Share

Paru goreng berempah ini antara lauk ringkas tapi cukup membuka selera. Rasanya yang rangup di luar, lembut di dalam, ditambah pula aroma daun kari dan bawang besar yang digoreng memang lagi berselera.

Hidangan ini bukan saja sesuai dimakan dengan nasi, malah boleh juga dijadikan kudapan begitu saja. Nak buat pun mudah, bahan pun ringkas. Peminat paru kena cuba.

Resipi Paru Goreng Berempah Yang Rangup

 

Bahan-Bahan

Paru – dihiris nipis
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Serbuk kari secukupnya
Garam dan cukup rasa
Tepung secukupnya
Sedikit air
1 biji bawang besar – hiris bulat
Daun kari secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan Paru Goreng Berempah

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Gaulkan paru bersama bahan kisar, serbuk kari, garam dan perasa.

3. Masukkan tepung, tuang sedikit air dan gaul hingga rempah melekat pada paru. Perap selama 30 minit.

4. Panaskan minyak, goreng paru hingga garing atau ikut citarasa.

5. Ketika separuh masak, masukkan bawang besar dan daun kari. Gaul rata.

6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Tip Ekstra

  • Kalau sempat, perap paru semalaman dalam peti ais. Lagi sebati rasa rempahnya.
  • Goreng dengan api sederhana supaya paru masak sekata, rangup di luar dan lembut di dalam.
  • Untuk versi lebih pedas, tumbuk sekali cili padi dengan bahan kisar.
  • Lepas goreng, toskan atas kertas tisu dapur supaya minyak berlebihan serap keluar.

Kredit Resipi & Foto: Nur Masri

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose