Paprik Ayam, Satu Lauk Dah Cukup Buat Makan Bertambah-Tambah

Share

Hidangan paprik ayam ini lengkap ayam dan sayur-sayuran. Jika inginkan menu ringkas, sekali masak sahaja dalam satu kuali tapi lazat, buatlah masakan paprik.

Menu ini cukup popular jika ke restoran Thai. Inilah ntara hidangan yang sering dipesan pelanggan. Cukup lengkap hidangan dalam satu menu, masak satu lauk ini pun dah cukup mengundang selera. Buat pedas sikit, memang bertambah-tambah dibuatnya.

Ikuti perkongsian resipi Paprik Ayam istimewa daripada Tengku Syazwany

ini. Para peminat paprik bolehlah mencuba.

BAHAN-BAHAN:

Ayam (dipotong kecil-kecil)

Bawang merah (dihiris) – Boleh beli online di sini

Bawang putih (ditumbuk) – Boleh beli online di sini

Serai

Daun limau purut

Bunga kubis

Putik jagung

Tomato – Boleh beli online di sini

Lada merah

1 sudu sos tiram – Boleh beli online di sini

1 sudu sos tomato

2 sudu sos cili

1 sudu sos ikan – Boleh beli online di sini

1 sudu kicap

1 sudu lada kisar

CARA MEMASAK:

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit sos ikan. Gorengkan seketika. Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang putih ke dalam minyak gorengan ayam tadi.

Masukkan pula lada kisar.

Kemudian, masukkan bawang merah dan serai.

Masukkan pula sos tomato, sos ikan, sos cili dan kicap. Kacau rata.

Setelah itu, masukkan sedikit air (separuh cawan) dan limau purut. Biarkan seketika.

Kemudian, masukkan ayam goreng tadi, cili merah dan juga tomato.

Perasakan dan dah siap.

Kredit: Tengku Syazwany

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN