Kalau ada yang nak menjamu tetamu makan nasi lemak,mesti teragak-agak nak masak berapa banyak. Risau jumlahnya berlebih atau terkurang. Jika lebih sedikit, tidak mengapa. Jika terlalu banyajk, membazir pula. Berikut adalah sukatan bahan untuk memasak nasi lemak yang boleh dinikmati tetamu anggaran 30-40 orang dan juga 55-60 orang.
Lesung batu yang baru dibeli mungkin nampak bersih tapi sebenarnya ada kotoran yang melekat ketika proses pembuatannya.
Biasanya kita akan bersihkan menggunakan sabun sebelum diguna. Namun begitu ini bukanlah cara terbaik untuk memastikan alat penumbuk tradisional ini benar bersih. Ada cara yang perlu kita lakukan agar lesung batu baru ini bebas daripada kotoran, serbuk atau serpihan batu.
Salah satu cara yang mudah adalah menggunakan beras. Boleh lakukan langkah berikut sebelum menggunakannya kali pertama
1. Rendam lesung batu dengan air paip semalaman.
2. Keesokan harinya keluarkannya dari air rendaman. Ambil satu sudu beras dan tumbuk menggunakan lesung yang masih basah.
3. Tumbuk, lenyek, gesek beras menggunakan alu hingga kena semua bahagian dalam lesung. Tumbuk hingga beras hancur.
4. Selepas beras lumat kita akan dapati beras bertukar warna menjadi seakan warna lesung menandakan kotoran, serbuk batu yang ada pada permukaan dalam lesung sudah keluar.
5. Kemudian boleh bersih, bilas lesung batu dan ia sudah sedia untuk digunakan.
Pernah terjadi tak masalah minyak masak untuk menggoreng ikan cencaru sumbat menjadi hitam walaupun baru pertama kali guna? Kadang-kadang untuk goreng ikan seterusnya, kita terpaksa tukar minyak baru.
Menerusi perkongsian daripada Ariza Kak Chik, dia mendapat petua berguna ini daripada video di aplikasi Tiktok.
Minyak menjadi jernih selepas dituang tepung jagung.
Petuanya untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru hanyalah menggunakan TEPUNG JAGUNG!
Ambil 3-4 sudu besar tepung jagung yang ditambah dengan air.
Kemudian tuang air tepung jagung ke dalam minyak yang hitam tadi ketika masih panas-panas lagi. Kacau-kacau sehingga terbentuk lapisan hitam seakan-akan telur dadar. Angkat lapisan hitam itu.
Nanti minyak akan jernih semula dan dapat goreng ikan yang seterusnya. Selamat mencuba!
Jangan jadikan alasan takda oven dan mixer tak boleh baking ye, banyak resipi kek dan kuih yang tidak memerlukan dua perkakas ini. Jadinya, sebelum memilih resipi yang tidak memerlukan oven dan mixer ada beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya hasil kek yang dibuat masak sukses, terutama resipi yang membabitkan pembuatan kek yang memerlukan proses pengembangan,contohnya kek kukus.
Berikut perkara yang perlu diperhatikansebelum membuat kek tanpa oven dan mixer:-
Gunakan Bahan Pada Suhu Bilik
Kebanyakan resipi kek, terutamanya yang mempunyai tekstur mengembang, bahan-bahan yang akan digunakan mestilah pada suhu bilik kerana ia lebih mudah digaul rata dan tidak ‘terkejut’ apabila berlaku perbezaan suhu secara drastik semasa diadun, dengan ini kek tidak akan ‘bantat’ atau atau mengempis selepas naik semasa dikukus. Oleh itu keluarkan bahan-bahan seperti telur, mentega dan susu dari peti sejuk dan biarkan sehingga ia pada suhu bilik sebelum digunakan.
Kurangkan Penggunaan Telur
Logiknya, telur boleh melembutkan adunan dan memberi rasa pada kek, sebab itu telur dikatakan sebagai agen pengembangan semulajadi adunan bahan. Namun, telur yang tidak dipukul atau dikacau sempurna boleh meninggalkan bau hanyir telur. Untuk mengatasinya, boleh tukar penggunaan telur dengan bahan lain seperti tauhu lembut atau Chia Seed yang telah direndam.
Gunakan Baking Powder Double Acting
Mixer adalah keperluan dalam baking, antara tujuannya adalah untuk memasukkan udara supaya adunan mengembang sekata. Sebab itulah ada sebahagian bakers mengabaikan bahan pengembang buatan. Tetapi jika tiada mixer, anda boleh gunakan baking powder double acting. Selain praktik digunakan, bahan ini juga mengurang masalah kek menjadi ‘bantat’, apabila anda sukar mengadun bahan menggunaan spatula dan whisk.
Cairkan Bahan Padat Sebelum Sedia Digunakan.
Bila tidak ada mixer, pastikan bahan-bahan yang akan digunakan mudah diadun atau digaul rata dengan spatula atau whisk. Oleh itu bahan padat seperti mentega dan coklat lebih awal dan ayak bahan kering dan lumatkan bahan tambahan seperti pisang menggunakan garpu sebelum dimasukkan dalam adunan.
Pastikan Periuk Pengukus Dalam Keadaan Panas
Sama seperti membakar menggunakan ketuhar yang perlu dipanaskan sebelum sedia digunakan. Begitu juga dengan pengukus, panaskan pengukus dengan api sederhana dan tutup penutup, biarkan hingga air kukusan mendidih. Harus diingat api yang terlalu besar akan menyebabkan cepat naik dan akan kempis bila sejuk.
Diharapkan dengan tip ini tidak ada masalah lagi untuk anda membuat kek yang mengembang dengan cantik ye.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!