Pandan Burnt Cheesecake Enak Dimakan Sejuk, Memang Tak Cukup Sepotong

Share

Biasa buat burnt cheesecake pun memang nikmat terasa. Tambah pula bila buat pandan burnt cheesecake. Sedapnya makan sejuk-sejuk.Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Zura Zul. Boleh membakarnya menggunakan air fryer ataupun oven.

Pandan Burnt Cheesecake
Bahan-bahan: 
250g cream cheese (tatura)


3 biji telur gred B
5 sudu besar gula halus
2 sudu besar tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
125ml santan kotak
1/2 sudu kecil esen pandan-BELI ONLINE DI SINI
Pewarna hijau epal (star brand)

JOM TONTON DAPUR RASA LIVE:Mango Baked Cheesecake

Cara membuat:
1.Blend semua bahan hingga sebati.
2.Loyang 6 inci alas dengan baking paper


3.Tuang adunan.Hentak perlahan-lahan loyang tu 3 kali
4.Bakar menggunakan air fryer dengan suhu 180’C.Bakar 25 minit

Cara membakar menggunakan oven:
1.Panaskan oven pada suhu selama 10 minit.
2.Bakar pada suhu 250’C selama 25 minit.
3.Sejukkan.Boleh masuk dalam peti sejuk selama sejam baru dikeluarkan dan potong.Sedia untuk dihidang.
Kredit : Zura Zul

IKLAN