Pandai Eina Azman Jaga Perut Suami & Anak-Anak. Patutlah Dia Disayangi. Handal Masak Rupanya!

Share

Cantik, pandai bergaya dan mengutamakan keluarga. Itulah yang dapat dilihat pada selebriti manis; Datin Paduka Eina Azman. Malah sejak bergelar berkahwin dan bergelar ibu, hidup selebriti ini kelihatan semakin sempurna.

Jangan tak tahu, DP Eina Azman ni rupanya pandai memasak. Malah Eina dilihat lebih suka memasak sendiri hidangan untuk suami dan anak-anak. Lihat sahaja laman Instagram beliau. Banyak resipi-resipi masakan yang dikongsi disamping gelagat si kembar; Karl Kareef

dan Arianna Aubrey yang sentiasa menghiburkan.

Hidangan yang menjadi kegemaran Eina ni nampak sempoi je tapi memang bercitarasa Melayu. Antara sajian yang beliau ada kongsikan adalah Masak Lemak Cili Api Siput Sedut, Nasi Ayam,

Ayam Goreng Kicap, Ikan Kembung Goreng Cili Padi
dan banyak lagi. Semuanya nampak sedap-sedap belaka malah tak nampak kekok langsung! Patutlah suami sayang sangat!

Nak tengok apa selebriti cantik manis ni selalu masak untuk keluarganya? Jom skodeng! Mana tahu boleh dijadikan idea masak untuk keluarga anda pula. Oh lagi satu, Eina ni memang suka masak menu pedas. Jadi, bolehlah ambil idea dan cuba.

 

Kredit foto: Instagram Eina Azman

IKLAN