Cantik, pandai bergaya dan mengutamakan keluarga. Itulah yang dapat dilihat pada selebriti manis; Datin Paduka Eina Azman. Malah sejak bergelar berkahwin dan bergelar ibu, hidup selebriti ini kelihatan semakin sempurna.
Jangan tak tahu, DP Eina Azman ni rupanya pandai memasak. Malah Eina dilihat lebih suka memasak sendiri hidangan untuk suami dan anak-anak. Lihat sahaja laman Instagram beliau. Banyak resipi-resipi masakan yang dikongsi disamping gelagat si kembar; Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang sentiasa menghiburkan.
Hidangan yang menjadi kegemaran Eina ni nampak sempoi je tapi memang bercitarasa Melayu. Antara sajian yang beliau ada kongsikan adalah Masak Lemak Cili Api Siput Sedut, Nasi Ayam,Ayam Goreng Kicap, Ikan Kembung Goreng Cili Padi dan banyak lagi. Semuanya nampak sedap-sedap belaka malah tak nampak kekok langsung! Patutlah suami sayang sangat!
Nak tengok apa selebriti cantik manis ni selalu masak untuk keluarganya? Jom skodeng! Mana tahu boleh dijadikan idea masak untuk keluarga anda pula. Oh lagi satu, Eina ni memang suka masak menu pedas. Jadi, bolehlah ambil idea dan cuba.
Personaliti VIP kali ini adalah wanita dan usahawan butik pakaian Cindai dari Jitra, Kedah. Menariknya Muslimah bertubuh genit ini walaupun anak watan Kedah, namun seleranya cukup serasi dengan lauk pauk negeri Sembilan.
Bagi melazatkan lagi masak lemak cili padi, Datin AidaSuraini Ibrahim akan memasukkan daging atau ikan pekasam ke dalam lauk masakannya.
Dalam kesibukan perniagaannya, Datin Aidasuraini Ibrahim masih punya waktu memasak untuk suaminya Datuk Wan Ahmad Muazzam Wan Ismail dan dua anak bujangnya.
“Bila dah masukkan daging pekasam, Datuk suka juga makan masak lemak cili padi sebab ada rasa masam-masam sedikit dari daging ni. Biasanya saya beli dalam kuantiti yang lebih kerana ia boleh disimpan dan tahan lama dalam peti sejuk.
Lebih istimewa daging pekasam buatan asli Kedah berjenama ‘Tanties’ ini ialah ia lebih lama tempoh menyimpannya rasanya menjadi lebih sedap,” ceritanya kepada RASA.
Nah…ni min kongsikan 2 resipi darinya :
KUAH LEMAK CILI PADI DAGING PEKASAM
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk bawang kecil, cili padi dan kunyit hidup.
2. Kemudian didihkan adunan bawang ,cili padi dan kunyit tadi dengan sedikit air.
3. Selepas mendidih, masukkan santan.
4. Kemudian masukkan garam secukup rasa..Angkat selepas kuah mendidih.
5. Kemudian goreng daging pekasam.Selepas itu potong daging pekasam mengikut saiz dikehendaki.
6. Masukkan daging pekasam dalam mangkuk kemudian baru dituangkan kuah ke atasnya.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Mempunyai rasa pedas berlemak dan masam dari daging pekasam
Info :Daging pekasam dipotong selepas digoreng agar daging tidak pecah kala digoreng.Tumbuk 15- 20 ekor ikan bilis dan masukkan ke dalam kuah untuk rasa yang lebih lemak dan manis.
KACANG BOTOL GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK.
1. Potong kacang botol kecil atau menyerong
2. Tumbuk bawang besar, merah dan putih dan cili padi sehingga lumat.
3. Tumis bahan bahan itu tadi dengan sedikit minyak.
4. Kemudian masukkan kacang botol dan masukkan garam dan kacau.Usah goreng lama.
5. Tutup api dan sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 5-10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Sayuran ulam
Keistimewaan :Sayur ulaman yang rangup.
Info : Kacang botol bukan sahaja sayur ulaman yang berkhasiat ia juga baik untuk kesihatan dan tinggi serat membantu penghadaman.
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER YANG MEMUDAHKAN KERJA MENGGORENG MAKANAN ,JOM LAYARINYA DI SINI.
JIKA INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG LAIN, BOLEH JUGA LAYARI DI SINI.
Melalui paparan gambar dan video masaknya dan mempunyai ramai pengikutnya di Instagram, mengerakkan hati penulis untuk lebih dekat dengan pemilik akaunnya iaitu Datin Isma Rohaiza. Ternyata beliau seorang yang suka memasak dan memasak adalah sebahagian dari rutin hariannya. Itulah yang dikhabarkan sebaik berkesempatan menghubungi beliau melalui telefon.
Bila hajat awal untuk menyunting Datin Isma bagi mengisi slot Air Tangan VIP dipenuhi namun beliau meminta shooting dan interview hanya boleh dibuat pada hujung minggu kerana hari-hari biasa beliau agak sibuk dengan urusan menghantar, mengambil anaknya yang bersekolah.
Tiba hari dijanjikan, Datin Isma menyambut kami dengan ramah, biarpun baru pertama kali bertemu. Keramahan itu menjadikan kami tidak kekok untuk berbual mesra dan berpeluang mengikutinya ke ruang dapur untuk menyiapkan hidangan.
“Sorrylah dapur saya agak bersepah sikit, inilah rupanya bila saya masuk dapur. Tapi di sinilah saya berkarya dalam masakan. Untuk hari ni, kat dapur santan untuk kuah Sagu Gula Melaka sudah siap. Ayam percik pun dah siap bakar tinggal celup dengan kuah perciknya lagi,”
ujar Datin Isma sambil tangannya terus tangkas mengemas dapurnya untuk member ruang kepada juru gambar menghalakan lensa kameranya.
Lebih kurang 15 minit, beliau yang dibantu oleh puterinya, Nik Amelia berserta adik beliau Isma Syarani telah siap menyusun atur meja hidangan. Penuh meja dengan menu utamanya set Nasi Kerabu yang lengkap dengan segala ulam-ulaman, Sambal Tumis, Serunding Kelapa, Ayam Percik, Telur Asin, Sambal Cili dan budu. Tak cukup dengan itu, beliau sempat juga menyediakan roti jala dengan Kuzi Kambing, Pulut Kuning dipadankan dengan Rendang Daging serta Sagu Gula Melaka.
“Sebenarnya saya ni seorang suri rumah dan ibu kepada dua orang anak. Pengasas produk itu, hanya atas kertas kerana yang mengendalikan bisnes adalah suami, Datuk Nik Azman. Saya lebih tumpukan kepada urusan rumah tangga dan anak-anak. Sebab itulah bila duduk di rumah saya suka ke dapur masak sendiri untuk suami dan anak-anak.
“Tentang followers di instagram, semuanya berlaku secara tidak sengaja. Ketika itu saya mengikut suami ke London selama sebulan, memang tak laratlah makan western hari-hari. Lagipun bahan mentah ada jadi saya masak sendiri hari-hari kemudian pose gambar kat instagram. Tak sangka ramai yang mengikutinya dan bertanyakan resipi baru. Paling terharu apabila ada seorang ibu tunggal yang berjaya berniaga Nasi Goreng Ayam Berempah dengan menggunakan resipi yang saya kongskan dalam instagram”
Walaupun ramai yang sarankan beliau buka restoran, tetapi beliau tidak mahu ada komitmen dengan restoran bimbang tidak memang tangan. Penyelesaiannya, beliau sarankan adik dan anaknya buka satu lagi akaun instagram dengan nama Masak with Passion khas untuk segala pose resipi, gambar dan video masakan. Masa yang sama mereka buka oder untuk followers,” Datin Isma mengakhiri perbualan.
RESIPI KUZI
BAHAN PERAPAN:
BAHAN REMPAH (GORENG DAN KISAR):
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
1. Perap daging yang telah dihiris bersama bahan perapan selama 15-20 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak minyak masak. Goreng bahan yang dikisar, kacang badam dan kismis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bahan rempah.
3. Apabila kesemua bahan kelihatan agak sebati, masukkan daging, susu cair, sos tomato, air, garam dan gula Melaka secukup rasa. Masukkan juga jus limau nipis. Biarkan sehingga daging empuk.
4. Apabila kuah kuzi kelihatan pekat dan pecah minyak, masukkan cili hijau, tomato. Gaul rata dan biarkan seketika.
5. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar
INFO CHEF: Jika suka boleh masukkan biji gajus yang telah digoreng tanpa minyak
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu Memasak: 45 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Enak dan sedikit rasa manis
Anggaran kos: RM35
AYAM PERCIK KUAH PUTIH:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAP:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Bakar dan reneh
Jenis Masakan: Lauk Pauk
Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas.
Anggaran kos: RM25
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin; permata hati dan kesayangan seluruh rakyat Malaysia. Malah beliau juga menjadi pujaan peminat di seluruh dunia. Pergilah kemana sahaja, bila sebut sahaja dari Malaysia, pasti ada orang asing yang menyebut nama selebriti manis ini.
Seperti yang semua tahu, semalam Datuk Seri Siti baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 39 tahun. Seronok tengok beliau dikejutkan team dari stesen radio tempatan. Meriah! Cipta sejarah ya. Setahu min, tak ada lagi selebriti yang dikejutkan sebegitu rupa. Rezeki ibu mengandung dan ternyata Siti memang disayangi ramai. Peminat dari Brazil pun wish birthday tau.
Sambil asyik layan ucapan hari jadi yang Siti terima di IG, mata terpandang beberapa posting masakan yang beliau kongsikan. Wahhh! Tok Ti rajin masak rupanya! Walaupun dalam sarat mengandung. Menu-menunya pun sangat sedap. Terliur dibuatnya. Patin Masak Tempoyak, Ayam Panggang, Kacang Pool, Asam Pedas, Karipap dan macam-macam lagi lah.
Selamat Hari Jadi@ctdk dari team RASA dan diharapkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa dipermudahkan segala urusan sehingga proses kelahiran nanti. Amin..