Buat pancake atau penkek ni memang mudah. Pancake gebu lemak berkrim ditambah buah-buahn seperti lemon memang lazat. Bagi penggemar coklat, min pasti pancake Milo jadi pilihan.
Bagi mak-mak yang nak buat bekalan untuk anak sekolah dan juga sarapan, pancake memang pilihan terbaik. Jom semak resipinya.
PANCAKE LEMON MAPLE SYRUP
Ads
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan
1 biji parutan kulit lemon
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Sirap Maple secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata. 2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair. 3. Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali. 4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. 5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak: 40 minit Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Tekstur agak kenyal Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Boleh hidangkan bersama hirisan buah-buahan segar dan krim putar jika suka.
Ads
PANCAKE MILO
Bahan – bahan:
Ads
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair/ susu segar
3 paket Milo 3 in 1
3 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder @serbuk penaik
CARA MEMASAK : 1. Pecahkan telur dan kacau 2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan – bahan untuk resepi pancake milo 3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci. 4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak. 5. Bila bahagian atas berlubang² udara & hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah. 6. Biarkan sekejap & terus angkat. 7. Sedia untuk dihidangkan.
* sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung. * tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas sedikit, tuang atas pancake.
Pancake Milo : Resipi dipetik dari Sheila Rusly
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kadang kala beli burger, patty kecil. Hah nak puas makan kenalah buat sendiri. Buat sendiri boleh anggarkan penggunaan garam dan lemak di dalam daging.Memang kenyang makan smashed burger ni. Anak-anak yang suka makan burger bolehlah ibu-ibu sediakan burger ini di rumah.
Untuk hiasan:
1 biji bawang Holland
1 biji tomato
Salad secukupnya
Sedikit butter untuk gorengan bawang
dan untuk sapuan atas roti
Cara memasak:
1. Goreng potongan bawang Holland dengan menggunakan butter. Goreng dengan api kecil hingga layu dan mengeluarkan rasa manis semula jadi bawang.
1. Roti dipotong dua dan disapu butter, bakar atas kuali.Bakar hingga sedikit garing.
2. untuk sos, campurkan mayonis dan cili sos, kacau sebati.
3. untuk burger, buat bulat jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil saiznya.Kemudian smash atas kuali yang panas. Carilah spatula atau senduk yang leper dan tekan sampai daging agak nipis. Biar masak sekejap satu bahagian sebelum dibalikkan. Tabur garam dan lada hitam di atasnya. Bila daging dah garing boleh letak kepingan keju di atas daging tadi.
4. Letak patty tadi di atas patty yang satu lagi, kemudian bolehlah letak di atas roti.
5. Letakkan salad, tambah satu potong tomato dan bawang Holland yang sudah digoreng tadi.
6. Roti bahagian atas, letakkan sos yang kita buat tadi.
7. Kemudian tutupkan burger tadi, wow enak sekali.
Kata orang Thailand syurga makanan, terutamanya manisan . Ternyata orang Thai memang kreatif dalam mempelbagaikan manisan. Ini RASA kongsikan empat menu manisan yang kalau korang ke sana wajib cuba. Sedap, sejuk dan memang puas makan.
RED RUBY
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk sengkuang cina | dipotong dadu
20 titis warna merah
1 mangkuk tepung ubi
1 mangkuk santan |kelapa putih
100gm nangka | hiris panjang direbus dengan air gula
Air secukupnyan untuk merebus
Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Rendam sengkuang cina di dalam air yang bercampur dengan warna merah. Biarkan sejam.
Kemudian buangkan air dan tapiskan.
Masukkan ketulan sengkuang ke dalam tepung ubi hingga semua ketulan sengkuang bersalut dengan tepung ubi.
Buangkan tepung ubi yang berlebihan dengan bakul jarang.
Semburkan dengansedikit, kemudian ulangi proses mengaul dengan tepung ubi sekali lagi.
Setelah selesai langkah gaul tepung ubi, ketepikan.
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, kemudian masukkan sengkuang yang telah disalut dengan tepung ubi tadi sehingga timbul.
Keluarkan dan rehatkan dalam bekas air sejuk.
Untuk menghidangkannya , masukkan sengkuang cina ke dalam mangkuk tambahkan di atasnya
Akhir sekali tambahkan dengan dua sudu makan air gula dan tiga sudu makan santan.
Masukkan air sebelum dihidangkan.
CENDOL THAI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung beras
200gm tepung
12 mangkuk air pandan
BAHAN-BAHAN KUAH:
500gm gula Thai (Palm Sugar)
300gm gula pasir
1 kg santan
Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung beras dan tepung ubi dalam air pandan yang disediakan, tuang dalam periuk kacau atas api perlahan sampai pekat.
Kemudian masukkan ke dalam acuan cendol.
Sediakan bekas berisi air berasingan.
Picit sedikit demi sedikit untuk membentuk Lodchong atu cendol.
Untuk menyediakan kuahnya, campurkan santan dan gula Thai dalam periuk.
Panaskan dengan api sederhana dan sentiasa kacau agar tidak pecah minyak.
Masukkan gula pasir secukup rasa dan biarkan kepada suhu bilik,
Untuk menghidangkannya, masukkan kepalan ais dalam mangkuk, diikuti cendol.
Akhir sekali tuangkan kuah santan dan sedia dinikmati.
SIRA UBI KAYU THAI
BAHAN-BAHAN:
1500 gm ubi kayu
500 gm gula
BAHAN KUAH SANTAN:
250 gm santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan tepung beras1 sudu teh gula
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Masukan tepung beras, gula, garam dan santan ke dalam periuk kecil.
Panaskan dengan api sederhana dan sentiasa kacau agar tidak berketul.
Setelah sebati rehatkan sebentar sambil sediakan ubi kayu.
Kopek ubi kayu dan potong size sederhana 4-5cm masukkan ke dalam periuk bersama gula dan masukkan air hinggga meliputi ubi kayu.
Masak dengan api sederhana selama 1-2 jam atau sehingga ia empuk.
Apam Mekar adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, Apam Mekar ini juga tidak sukar untuk disediakan. Jika nak cuba, resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ni antara yang mudah. Bolehlah cuba buat untuk minum petang atau sarapan. Pasti puas hati.
CARA BUAT APAM MEKAR YANG SEDAP & GEBU
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur A
100gm gula pasir
125gm tepung gandum
100ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan. 2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu. 3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan. 4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.
5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas. 6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag)
7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit. 8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA:
Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam.
Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)