Sedap Dimakan Sejuk. Resipi Puding Tiramisu Ni Memang Mantap Betul

Share

Puding Tiramisu yang sangat ringkas dan mudah dibuat tanpa perlu guna banyak bahan. Puding begini memang enak dimakan sejuk-sejuk. Bagi yang suka manisan, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Yusma Mustafa ni. Selain dimakan sendiri, puding ini juga sesuai untuk dijadikan jualan untuk menambahkan pendapatan. Pasti ramai yang sukakannya. Jom cuba!

RESIPI PUDING TIRAMISU SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1 tin susu pekat manisbeli online disini
1 tin susu cair beli online disini


5 tin air (sukat guna tin susu)
11 sudu besar tepung kastard (membukit) beli online disini
Biskut marie (nak sedap guna yang perisa kopi) beli online disini
Milo secukupnya beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Masukkan susu cair, susu pekat, air dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau bagi sebati.
2. Kemudian buka api sederhana. Kacau sentiasa hingga pekat dan berkilat. Tutup api.
3. Untuk lapisan pertama, masukkan sedikit adunan kastard tadi ke dalam loyang @ bekas.


4. Kemudian lapisan kedua, letakkan biskut marie. Jika tidak muat bekasnya, boleh dipatahkan.


5. Taburkan milo mengikut sukatan yang disukai. (empunya resipi letak 1 sudu teh sahaja)


6. Seterusnya ulang balik langkah dengan meletak lapisan kastard.


7. Diikuti dengan lapisan biskut Marie dan juga milo.


8. Lapisan akhir haruslah lapisan kastard.


9. Kisar kasar 7 keping biskut mari dan 5 sudu makan milo. Kemudian taburkan diatas lapisan kastard yang terakhir tadi.


10. Masukkan Puding Tiramisu ke dalam peti sejuk sebelum dinikmati untuk rasa yang lebih enak.

Kredit resipi & foto: Yusma Mustafa

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN