Cantik manis, bergaya dan punya cita rasa yang tersendiri. Itulah Rozita Che Wan. Malah aura dan pesona jelita yang ada pada selebriti kesayangan ramai ini cukup mengagumkan dan membuat mata tak jemu memandang.

Kesempatan bersua muka dengan Rozita Che Wan semasa sesi pengambaran program terbaru Rasa Nostalgia Ramadan membuka peluang untuk berkongsi cerita dan mengimbau kembali nostalgia Ramadan beliau.

Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

Menurut suri hati kepada aktor tersohor, Zain Saidin ini, bila tibanya bulan Ramadan, beliau tidak cerewet apabila berbuka puasa namun amat mementingkan pengambilan sahur. Malah juadahnya pun tidak perlu mewah. Cukup sekadar sajian yang ringkas namun membuka selera.

Terasa nak cuba menu-menu istimewa yang dikongsi oleh Dato’ Chef Wan dan Rozita Che Wan dalam rancangan Rasa Nostalgia Ramadan? Jom lihat resipi-resipinya. Sangat mudah, sedap dan anda boleh masak untuk berbuka di sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!

Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

1. PAJERI NANAS 

IKLAN

Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas | dikupas dan dihiris
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 70gm minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 10cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2cm halia | kupas dan hiris nipis
  • 1/2 biji bawang merah besar | kupas dan hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih | kupas dan cincang halus
  • 4 sudu makan udang kering
  • 250ml air
  • 6 sudu makan gula
  • 2 sudu makan cuka epal
  • 4 sudu makan kismis
  • 4 sudu makan cutni mangga
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan nanas dengan serbuk kunyit hingga sebati. Ketepikan dan perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak. Tumis kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, halia, bawang besar, bawang putih hingga kuning keemasan.
  3. Masukkan  udang kering. Tumis guna api sederhana hingga wangi.
  4. Masukkan nanas, air, gula, cuka, garam dan cutni mangga. Masak hingga sebati.
  5. Didihkan kemudian biarkan mereneh sehingga jadi pekat.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

2. KUIH SERI MUKA

IKLAN

Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 600gm beras pulut | cuci, rendam semalaman
  • 500ml pati santan
  • 2 helai daun pandan | diracik
  • 1 sudu teh garam

BAHAN LAPISAN ATAS:

  • 5 biji telur |dipukul
  • 300gm gula halus (kastor)
  • 3 sudu makan tepung serbaguna
  • 10 helai daun pandan | hiris nipis, tumbuk dan ambil jus
  • 500ml pati santan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Dididhkan air dalam pengukus, toskan beras pulut dan masukkan ke dalam pengukus. Boleh juga guna acuan berukuran 25cm x 25 cm.
  2. Masukkan santan, daun pandan dan garam. Kemudian kacau hingga larut. Kukus selama 20 minit.
  3. Kacau pulut menggunakan garpu dan terus kukus selama 10 minit lagi.
  4. Tekan pulut dengan menggunakan belakang sudu agar pulut mampat dan padat. Kukus selama 5 minit lagi.
  5. Sementara itu, pukul telur, gula dan tepung serbaguna hingga sebati. Masukkan jus pandan dan gaul biar sebati.
  6. Masukkan pati santan. Kacau dan tapiskan campuran.
  7. Tuang campuran ke atas pulut tadi dan terus kukus selama 30 minit sehingga lapisan atas menjadi pejal.
  8. Angkat dan biarkan Kuih Seri Muka sejuk sebelum dipotong.

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pada setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.

Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan Pajeri Nanas Dan Kuih Seri Muka, Menu Berbuka Pilihan Rozita Che Wan

Rasa Nostalgia Ramadan ditaja oleh Saji – Delima Oils Sdn Bhd. Rancangan ini menemui penonton bermula 6 Mei (hari ini), setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI