Jom cuba resipi Pai Cendawan Berinti Ayam perkongsian Wawa’s Kitchen ni. Sedap, mudah dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Istimewanya resipi ini hanya menggunakan paratha segera sahaja. Makan sebiji pun dah kenyang. Jom lihat cara-cara membuatnya.
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing
2. Masukan ayam dan biar masak sekejap Kemudian masukkan cendawan
3. Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam..tambah sedikit air
4. Kacau dan masak sehingga pekat, akhir sekali baru masukkan 1 sudu kecil tepung gandum. Sejukkan inti.
5. Panaskan ketuhar sebelum membakar.
6. Ambil roti paratha yang sudah dipotong 4 tadi, ambil 1 bahagian.
7. Letakkan inti dan cantumkan macam buat karipap. Tekan tepi roti dengan garfu
8. Sapukan permukaan puff dengan kuning telur dan bakar di dalam oven.
Kredit resipi & foto :FB : Wawa’s Kitchen
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official