Padu! Resipi Air Tembikai Lemon Laici Paling Sedap Minum Sejuk

Share

Sedapnya Air Tembikai Lemon Laici ni. Letak dalam balang begini, ditambah pula dengan ais, membuatkan rasa tak sabar untuk menikmatinya. Tatkala cuaca panas, dapat pula minuman sejuk  begini, memang terasa nikmatnya. Segelas pun tak cukup. Bagi anda yang teringin nak buat minuman ni, saudara Ben Safwan ada kongsikan bahan-bahan serta cara pembuatannya. Mudah sahaja tapi rasa dia memang padu teruk. Sedap sangat-sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Hanya guna 3 bahan je. 

 

CARA BUAT AIR TEMBIKAI LEMON LAICI

BAHAN-BAHAN:

1 kg tembikai – ditimbang termasuk kulit
1 tin laici beli online disini
1 botol air lemon houseboom beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit tembikai, masukkan isinya ke dalam pengisar.
2. Letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.


3. Tambah air laici tin dan boleh letak ais dengan secukupnya.
4. Air Tembikai sedap dan sejuk ini siap untuk dihidangkan.

NOTA: Tak gunakan gula sebab dah cukup manis dari campuran air-air ni semua.

 

Kredit resipi & foto: Ben Safwan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN