Oren Cheesecake Rasa Tak Muak, Sedap Dimakan Ketika Sejuk

Share

Minum petang hari ni special sikit, nak buat oren cheesecake. Anak-anak pun suka. Paling sedap bila makan time sejuk. Gerenti tak cukup sepotong.Kek oren ni walau ada cheese di dalamnya tak kan rasa muak. Cubalah nanti.

Oren cheesekek

Bahan-bahan:

75g butter -cairkan

1 cawan tepung gandum(ayak)

50g tepung jagung-beli online di sini

1 sudu kecil baking powder(ayak)-beli online di sini

6 biji telur-ambil 2 biji kuning saja

1 sudu besar ovelette-beli online di sini

1 cawan gula kastor-beli online di sini

1 sudu besar air sejuk dari peti ais

Esen vanilla

Oren emulco

Cara membuat:

1.Telur,gula ,esen vanilla,mix dulu hingga sikit kembang.

2.Masuk ovelette mix lagi hingga gebu.

3.Masuk butter yang telah dicairkan.Sebatikan.

4.Masuk air sejuk,kacau hingga sebati.

5.Masuk bahan ayak sikit-sikit sambil kacau hingga sebati.

6.Masuk oren emulco.

7.Kaup balikkan hingga adunan sebati.

8.Panaskan oven.160 darjah,bakar selama 50 ke 60 minit.

9.Dah masak tunggu sejuk baru potong dua bahagian.

 

Bahan krim:

250g cream cheese,tatura pun ok

½ cawan whipping cream

Susu pekat.ikut citarasa nak manis macam mana.

Caranya:

1.Mix cheese dahulu,masuk whipping sekejap, masuk susu pekat.

2.Dah leleh,lapis je atas lapisan kek.

3.Dah lapis semua,sagat cheddar tabur atas kek.

4.Masuk peti sejuk sekejao, sejuk sikit baru sedap.

Siap untuk dihidang.

Kredit:Ieda jahaya

IKLAN