OKU Bersihkan Semak, Jumpa Buah Letup, Rupa-Rupanya Banyak Khasiat Buah Ini

Share

Bagi anda yang memang tinggal di pedalaman, pasti biasa nampak buah letup. Buah ini selalu tumbuh meliar di kawasan semak-samun. Begitulah yang berlaku pada orang kurang upaya (OKU), Amran Karno yang baru pindah dari bandar ke kawasan kampung.

Kali pertama nampak buah ini tumbuh dengan banyaknya di semak belakang rumah, Amran terkejut apabila membacanya di internet. Rupa-rupanya banyak khasiat buah letup. Paling tak sangka, harganya boleh mencecah RM3,000 bagi 100 gram menurut info di media sosial Jabatan Pertanian Malaysia.

Kawasan semak jadi tempat tumbuh buah letup secara meliar.

Ini informasi dari Jabatan Pertanian Malaysia:

Khasiat Buah Letup-Letup Kelambu

1) BANTU LEGAKAN MASALAH GUSI
Pernah tak anda sakit gusi? Memang tak sedap rasanya kan? Begitu juga dengan masalah lain dalam bahagian mulut atau lidah. Menurut Jabatan Pertanian Malaysia, buah letup boleh bantu legakan masalah ini.

Caranya:

Ambil 10 biji buah letup dan makan terus. Boleh juga dibuat jus. Kandungan vitamin C dalam buah letup boleh bantu melegakan masalah gusi atau masalah lain dalam mulut.

2) MEREDAKAN SEDIKIT TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi sememangnya selalu diredakan dengan ubat-ubatan daripada klinik atau hospital. Namun, boleh ikhtiar di samping itu dengan menikmati buah letup.

Caranya:

Ambil 5 biji buah letup. Masukkan dalam 100 ml air mendidih. Rebus selama 5 minit. Kemudian tapis airnya. Minum air rebusan buah letup ini ketika suhunya masih suam. Seeloknya minum dua kali sehari.

3) BANTU MELEGAKAN VERTIGO

Buah letup juga dikatakan boleh melegakan masalah vertigo. Masalah vertigo selalu menyebabkan penghidapnya merasai tidak selesa pada bahagian kepala dan mata.

Caranya:

Nikmati buah letup secara terus. Amalkan sekerap yang anda boleh.

Tak sangka kan? Buah yang nampaknya tumbuh melata dalam semak, rupa-rupanya ada banyak khasiat untuk kesihatan.

So, kalau jumpa buah ni di mana-mana semak, bolehlah petik kemudian bersihkan dan makan ya. Banyak khasiat rupa-rupanya buah ni!

 

Sumber: Abang Am OKU

Sumber info: Jabatan Pertanian Malaysia

Jom baca artikel lain:

Anda peminat karipap? Baca artikel ini.
Lokasi karipap sedap di Jitra, Kedah

 

IKLAN