Nikmati Kepuasan Rasa Beef Wellington Di Kay’s Steak & Lobster

Share

Tercari-cari lokasi hidangan stik dan udang kara yang segar? Kunjungan ke Kay’s Steak & Lobster pasti tidak mengecewakan. Kini telah beroperasi tiga premis restoran fine-casual dengan konsep hiasan dalaman yang berbeza memberi pengalaman istimewa ketika menjamu selera.

Restoran ini mula beroperasi di Putra Heights, Subang Jaya, manakala dua lagi di Liberty Arc, Ampang dan terkini di IOI, Conezion, Putrajaya.

Menurut Pengarah Urusannya, Aizuddin Khalid restoran di IOI, Conezion, Putrajaya. tampil dengan aura cosy dan privacy bila mana ada elemen hijau sebaik menjengah ke restoran ini. Ia seolah island yang memberi ruang privacy buat pengunjung.

Menyentuh tentang makanan istimewa di restoran ini sudah pasti lobster dan stik. “Hidangan best seller ialah lobster termidor iaitu resipi dari Perancis. Hidangan asal menggunakan wain tetapi chef di sini telah mengolahnya kepada bahan yang Halal.Manakala yang terbaru diketengahkan ialah Beef Wellington yang dipopularkan oleh Chef Gordan Ramsay,” ujar Aizuddin.

Beef Wellington merupakan hidangan stik (daging lembu) yang berasal dari Inggeris, diperbuat daripada stik filet yang disaluti dengan beef bacon dan juga mushroom ragout. Dibalut dengan pastri lapis, dihidang juga bersama reduction sos. Ia kemudian dibakar di dalam oven.

Biasanya reduction sos mereka menggunakan redwine reduction. Namun di Kay’s steak and lobster,Chef Amirul mengolah reduction sos ini dengan menggunakan Blackcurrant. Ini bagi memastikan pengunjung di Kay’s Steak & Lobster dapat menikmati Beef Wellington tanpa ragu-ragu terutama pelanggan beragama Islam selaras dengan konsep Kay’s Steak & Lobster iaitu Halal steak House. Berat sajian Beef Wellington ialah 300g.

Menu Beef Wellington semakin popular di kalangan pengunjung dan rata-rata memuji kelazatan. Daging sangat juicy digabungkan dengan lapisan pastri memang nikmat kala menikmatinya.

Sempena Ramadan, Kay’s Steak & Lobster menawarkan Ramadan platter dengan pelbagai variasi makanan yang menyelerakan.

Antara menu yang boleh anda nikmati di restoran ini.

Tambah Aizuddin, restoran ini dapat memuatkan 50 orang dalam suatu masa. Jadi pencinta lobster dan stik bolehlah datang ke sini untuk menikmati menu yang disajikan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN