Nikmati Ayam Goreng Bela Sendiri, Kopi Barista dan Kek Superbb di CobaWin Cafe, D’Impian Agro Farm, Muar

Share

Siapa sangka, di kampung yang agak terpencil terletak di tengah-tengah antara pekan kecil Parit Yusof dan pekan Parit Jaya, ada tempat makan ayam goreng dan kopi serta kek yang premium. Menariknya, ayam itu dibela sendiri, diproses dan dimasak sendiri oleh team CobaWin Cafe.

Coach Bahar di reban ayamnya.
Ayam dibela sendiri sebelum diproses dan dimasak lalu dihidangkan di CobaWin Cafe.

Kafe ini terletak dalam ladang D’Impian Agro Farm, iaitu sebuah ladang yang mempunyai lokasi penginapan menarik seperti chalet dan juga perkhemahan menggunakan konsep glamping

. Khemah dengan tilam tebal lengkap dengan kipas dan pendingin hawa. Malah bilik mandinya disertakan dengan mesin air panas. Khemah tapi glam, glamping!
Khemah Glamping lengkap dengan tilam dan aircond. Selesa!
Pandangan atas di D’Impian Agro Farm.
Suasana jika anda bermalam di Glamping.

Memetik kata pemilik CobaWin Cafe, Baharuddin Mohamed atau mesra dipanggil Coach Bahar, “Saya tinggal di sebuah kampung yang kecil di Muar, Johor. Saya dilahirkan dan dibesarkan di sini. Lebih tepat lagi kampung saya adalah Kampung Sungai Belukang yang terletak di tengah-tengah di antara pekan kecil Parit Yusof dan Pekan Parit Jawa. Kampung saya ada semua. Ada Pantai Seri Menanti, ada sawah sarang buaya yang luas mata memandang dan ada kolam air panas di Sungai Geresik. Suasananya masih kampung, pagi-pagi masih terdengar bunyi ayam berkokok dan burung berkicau pulang petang. Saya sudah pencen. Saya berhenti kerja pada umur saya 40 tahun. Saya mahu menghabiskan masa saya bersama keluarga, anak-anak dan isteri, Zawiyah Saimin. Di kafe, ada pelbagai produk industri kecil dan sederhana (IKS), kopi barista, ayam goreng serta kek. Boleh makan sambil lepak tengok kebun melon.”

Coach Bahar dan isteri.

NASI LEMAK AYAM TERBAIK!

Menurut seorang pengunjung CobaWin Cafe, Emy Othman, dia sangat berpuas hati dengan ayam goreng yang dihidangkan bersama nasi lemak. Sambal tumis yang lengkap cita rasanya, dimakan pula dengan ayam goreng rangup, memang amat memuaskan selera.

“Sambal tumis memang padu! Itu yang saya boleh cakap mengenai sambal nasi lemak di kafe ini. Memang cukup lengkap sebagai hidangan sarapan,” katanya.

Emy yang menginap di sana bersama sahabat baiknya, turut merasai suasana glamping. Memang selesa dan lena tidur di atas tilam empuk.

“Di sini, saya cuba cappucino dan kek pula saya pilih Chocolate Indulgence. Memang best! Sambil makan kek dan minum kopi, saya pilih tempat duduk yang menghadap pemandangan seluruh ladang ini,” kata Emy.

Antara menu yang dipilih. Ayam goreng dan kek, persis hidangan di kafe terkenal.
Seronok makan sambil menikmati pemandangan sekitar ladang ini.

WAJIB CUBA DI COBAWIN CAFE

Papan menu menyambut kedatangan pengunjung.
Kek pandan.
Kek butterscoth pun ada!
Kek keju perisa mangga!
Kek yang sentiasa disukai ramai.
Ayam goreng nampak sedap.
Kentang putar dengan sos.

AKTIVI DI D’IMPIAN AGRO FARM

Boleh melawat burung unta.
Berbasikal di sekitar ladang. Seronok!
Round-round.
Kanak-kanak mesti suka!
Tengok rusa.

Apa tunggu lagi? Tempat makan best, boleh berkhemah dengan gaya glam, boleh jalan-jalan tengok ladang dan juga haiwan peliharaan. Seronok kan?

DESTINASI MAKAN DI MANA ANDA!
Nama: CobaWin Cafe
Lokasi: D’Impian Agro Farm, Kampung Sungai Belukang, Seri Menanti, Muar
Website : https://dimpianagrofarm.com/
Waktu operasi: 9 pagi – 10 malam (Selasa Tutup)
Klik location: https://goo.gl/maps/WF1bWSp2rtDZ9WnY6

Sumber: Emy Othman

IKLAN