Ni Dia Burger Homemade Terbaik , Paling Asli Dagingnya

Share

Burger ni makan bila-bila masa pun sedap. Nak-nak kalau dah bosan makan nasi. Tapi anda pernah cuba tak buat sendiri patty burgernya. Sedap sangat dan ‘fresh’. Tanpa pengawet dan  pewarna . Nama pun buat sendiri.

Nak lebih segar, kisar atau cincang daging segar, baru betul betul bebas lemak dagingnya. Rasanya pun berganda lebih sedap dan pastinya asli berbanding daging kisar yang dah diproses.

DAGING BURGER HOMEMADE


.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging lembu cincang
  • 2 sudu besar bawang besar – dicincang halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar lada hitam – dikisar
  • 3/4 sudu bawang putih – dicincang halus
  • 1 sudu mustard
  • 1 cawan serbuk roti
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1. Sediakan daging yang telah dicincang.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah disediakan bersama daging cincang & kacau rata.
3. Masukkan garam & sesuaikan ikut citarasa.
4. Bentukkan daging tadi seperti daging burger mengikut citarasa anda.


.

5. Bakar di atas pan dengan menggunakan minyak/majerin.


.

6. Boleh dihidang bersama roti burger.

FB : Resipi Orang Kampung

 

IKLAN