Sejarah tercipta apabila buku Coffee Mate – Sempurnakan Kopiku, karya Chef Selebriti Suwarsi M. Arukin dan pakar kopi Faizal Azzuri Shukri dirasmikan di Albatross Coffee, Putrajaya.
Majlis ringkas yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Sukiman Sarmani, Pengerusi Universiti Kuala Lumpur meriah dengan kehadiran tetamu jemputan. Dalam ucapan beliau, diharap agar buku ini menjadi pencetus kepada anak-anak muda untuk mengembangkan sayap perniagaan, khususnya berasaskan kopi.
Buku Coffee Mate yang ditulis oleh dua orang penulis berbeza bidang ini boleh ditafsirkan sebagai buku yang lain daripada buku-buku resipi di pasaran. Buku ini mengandungi pelbagai resipi makanan dan minuman daripada bahan utamanya ialah kopi.
Ads
Antara resipi menarik ialah nasi lemak kopi, kepak ayam sos kopi, daging panggang salutan kopi, teknik seduhan kopi pelbagai metodologi dan banyak lagi yang pastinya membangkitkan selera. Lebih menariknya, pembaca disajikan dengan cerpen, kisah hidup dua insan penggemar kopi dalam situasi yang berbeza dan info berkaitan kopi untuk dikongsikan bersama. Malah, pembaca akan dibawa untuk mengetahui mesin atau peralatan penyediaan kopi dan bagaimana terhasilnya kopi yang dibancuh oleh seorang barista. Inilah kelainan yang ditonjolkan oleh Suwarsi M.Arukin dan Faizal Azzuri Shukri.
Sesuai dengan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal, buku ini boleh dijadikan rujukan dalam penyediaan juadah berbuka puasa dan sajian enak pada Hari Raya Adilfitri nanti.
Ads
Para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan busking daripada kumpulan Mellocinta dan demo teknik pour over V60 yang menggunakan biji kopi daripada Acheh Gayo ditaja oleh Aksara Gayo. Teknik seduhan ini dilakukan oleh Saudara Abdul Razak.
Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya sama ada kita mengetahui ataupun tidak. Setiap ujian dan azab yang Allah SWT berikan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah SWT selain mengajarkan untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman.
Malah media barat mula mencari solusi dari aspek spritual dan melihat perspektif dari sudut agama dan ajaran Islam.Laporan dari media barat mengakui kebenaran Islam dalam mengatasi wabak penyakit dari COVID-19.
Baru-baru ini Newsweek memetik pesanan dan sabda Rasulullah S.A.W dalam menghadapi coronavirus. Majalah terbitan Amerika Syarikat ini menyatakan dua petikan hadis untuk menjawab persoalan berkenaan dua aspek menangani pandamik covid 19 iaitu beribadah (sembahyang dan berdoa) dan kuarantin .
Menurut pandangan pengkaji dan cendiakawan Professor Craig Considine samada ibadat sahaja yang dapat mengalahkan coronavirus, katanya, Nabi Muhammad s.a.w telah lebih dahulu memberi pesan dan nasihat bagaimana mengelakkan dan menangani sesuatu wabak itu.
Kata Considine, di kala pakar perubatan dan para immunologis (doktor perubatan yang mengesan, merawat, keadaan kesihatan yang menjejaskan sistem imun dalam tubuh), memberi nasihat pentingnya amalan kebersihan (hygiene) yang baik dan kuarantin dapat memperlahankan penyebaran coronavirus Rasulullah telah pun memberikan saranan yang sama mengenai pandemik lebih 1300 tahun yang lalu .
Menurut Sabda Rasulullah : “Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.” (HR Bukhari dan Muslim).
Hadis Rasulullah inilah yang disebut Considine, dan tambahnya lagi Nabi Muhammad ada berpesan “Mereka yang mengalami wabak penyakit perlu dijauhkan dengan mereka yang sihat.”
Artikel dalam Newsweek ini juga memetik dan menyatakan hadis Rasullulah ini,
“Dari Abu Malik al-As’hari berkata : Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Riwayat Imam Muslim.
“Basuh tangan setelah bangun dari tidur sebab anda tidak tahu di mana pergerakan tangan semasa keadaan tidur. Rahmat dan keberkatan makanan itu terkandung dengan amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan.”
Bagaimana pula jika masih jatuh sakit juga, laporan Newsweek sekali lagi memetik ajaran Rasululah yang berpesan rawat dan berubat kerana Allah tidak mencipta sesuatu penyakit itu tanpa ada penawar dan ubat untuknya kecuali sakit tua.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]
Dalam mengimbangkan iman dan tawakal artikel ini juga menyebut,” Kebelakangan ini ada yang mempunyai tanggapan sejauh ini iaitu sembahyang dan ibadat adalah lebih baik untuk melindungi diri daripada coronavirus berbanding mematuhi peraturan asas penjarakkan sosial dan arahan menjalani kuarantin.
Laporan artikel itu sekali lagi menyebut respon Rasulullah mengenai tanggapan hanya ibadat sahaja satu satunya jalan penyelesaian , Newsweek mengajak pembaca meneliti satu riwayat dari At-Tirmidzi, “Rasulullah melihat lelaki Arab Badawi meninggalkan unta tanpa diikat talinya. Baginda langsung mendatanginya dan bersabda mengapa kamu tidak mengikat unta. Jawabnya saya bertawakkal kepada Allah. Sabda baginda lagi ikat dahulu talinya, kemudian bertawakal lah.
Di sinilah Rasulullah SAW menekankan konsep tawakal yang sebenar, iaitu bukan hanya berserah kepada Allah SWT tanpa berusaha mengelakkan diri daripada risiko. Newsweek menyatakan Rasulullah mengajar manusia untuk mengikut panduan dan bimbingan agama dan turut mengambil langkah berhati-hati demi kestabilan dan keselamatan manusia sejagat.
Memang benarlah setiap musibah itu memang ada hikmah di sebaliknya, jika masyarakat Barat dan bukan Islam mula menyedari kebenaran ajaran Islam bagaimana pula dengan kita sebagai masyarakat Islam.
Setiap Muslim wajib mentaati segala perintah pihak berkuasa yang bertujuan membendung wabak berjangkit. Elakkan tempat yang sesak yang boleh mendedahkan kita kepada bahaya wabak Covid 19.
Firman Allah SWT yang menghuraikan kepentingan mentaati pemerintah: “Wahai orang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri (pemerintah) dalam kalangan kamu.” (Al-Nisa’: 51)
Ayuh, jalankan tanggungjawab kita duduklah di rumah dan akur dengan arahan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jom sama-sama kita usaha dan putuskanlah rantaian wabak ini . Jagalah kebersihan diri dan kediaman masing-masing untuk menurunkan dan menghapuskan risiko wabak penyakit ini.
Sumber foto : Sinar Harian & Astro Awani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramadan sentiasa hadir dengan satu rasa yang sukar digambarkan rasa rindu. Rindu pada juadah air tangan, rindu suasana berbuka bersama keluarga, dan rindu detik-detik berkongsi rezeki di meja yang sama. Tahun ini, Mardhiyyah Hotel & Suites kembali menyemarakkan kenangan itu menerusi Bufet Ramadan Destinasi Rasa 3.0, sebuah perjalanan rasa yang mengangkat kekayaan masakan tempatan dan sentuhan antarabangsa
Bertempat di Restoran Royale Songket, Destinasi Rasa 3.0 bukan sekadar menjanjikan hidangan berbuka, tetapi satu pengalaman yang menyatukan citarasa klasik, nostalgia kampung dan keselesaan berbuka di hotel mesra Muslim bertaraf lima bintang.
Lebih 50 menu pilihan disusun rapi oleh pasukan kulinari, menampilkan variasi yang luas daripada hidangan istimewa seperti Smoke Hickory Roasted Whole Lamb, Gulai Kambing Batang Pisang Kenduri Kampung, hinggalah ke sajian antarabangsa seperti Thai Boat Noodle dan Seafood on Ice.
Bagi pencinta makanan tempatan, deretan gerai makanan jalanan pasti mengusik selera. Sate ayam dan daging, char koey teow Pulau Pinang, mee mamak, otak-otak, sata dan cucur-cucur panas membawa kembali suasana bazar Ramadan — cuma kali ini dalam versi lebih selesa dan tersusun.
Tidak dilupakan, menu berkonsepkan masakan kawah dan warisan seperti Daging Salai Masak Lemak Maman, Ikan Patin Sungai Masak Tempoyak, Rendang Tok, Kambing Kuzi dan Ayam Salai Masak Lemak Cili Api Kampung — sajian yang dekat di hati rakyat Malaysia.
Tiada berbuka yang sempurna tanpa pencuci mulut. Destinasi Rasa 3.0 melengkapkan pengalaman ini dengan pilihan manisan seperti Serawa Durian, Sago Gula Melaka, Belgian Waffle, Bread & Butter Pudding, Tiramisu Pandan serta aneka kuih Melayu yang membangkitkan nostalgia Ramadan zaman kecil.
Apa yang membezakan pengalaman berbuka di sini adalah suasananya. Tetamu berpeluang menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di Surau Al-Latifah, dengan imam jemputan, menjadikan pengalaman Ramadan lebih tenang dan bermakna.
Bagi yang merancang berbuka secara berkumpulan atau majlis korporat, pilihan Private Function Buffet, pakej mesyuarat serta Ramadan Staycation turut ditawarkan sesuai untuk mereka yang ingin menggabungkan ibadah, kerja dan rehat dalam satu perjalanan Ramadan.
Destinasi Rasa 3.0 bukan tentang berapa banyak hidangan di atas meja, tetapi tentang cerita di sebalik setiap rasa, cerita yang dikongsi bersama keluarga, rakan dan insan tersayang. Ia adalah undangan untuk memperlahankan langkah, menikmati hidangan dengan penuh kesyukuran, dan menyambut Ramadan dengan hati yang lapang.
Bufet Ramadan Destinasi Rasa 3.0 berlangsung dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026 di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat julung kalinya Majalah RASA dan BABA’S sebagai penaja utama menganjurkan pertandingan memasak yang bakal mengangkat seorang lagi juara dalam dunia masakan tanahair.
Inilah masanya untuk serlahkan kreativiti anda dengan mencipta resipi berasaskan rempah dengan citarasa dan gaya masakan mengikut negeri asal anda. Olahan masakan yang kreatif, resipi lain daripada biasa serta rasa yang sangat wow, menjadi cara terbaik untuk meraikan kepelbagaian cara masak dari amatur hingga ke pakar.
Biarpun perjalanan untuk menjadi juara, bakal melalui beberapa peringkat pemilihan, namun syarat penyertaan pertandingan ini ternyata amat mudah.
Bagi peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa.
Peserta perlu memasak apa sahaja menu menggunakan Rempah Kari BABA’s dengan kreatif. Nah, selepas itu, ambil gambar masakan dan terus hantar kepada kami! Opss…pastikan gambar jelas dan menarik tau.
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, anda layak untuk menyertai pertandingan ini. Siapa tahu anda mungkin bakal dinobatkan sebagai JAGOH RASA BABA’S.
Hadiah yang bakal menanti pemenang? Sangat lumayan ye.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8peserta
Kami juga akan berada di empat lokasi utama untuk bertemu anda bagi sesi penjurian secara bersemuka pada tarikh yang telah ditetapkan. Jadi pastikan anda menghantar penyertaan melalui borang yang telah disediakan di laman web www.rasa.my/babas/
21/ 5/2022 MYDIN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
28/5/2022 MYDIN TUNJONG, KOTA BHARU
4/6/2022 MYDIN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU
11/6/2022 MYDIN SUBANG JAYA, SELANGOR
Jangan lupa okay temujanji anda bersama JAGOH RASA BABA’S. Untuk maklumat lanjut, boleh layari di di laman web www.rasa.my/babas/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!