Nasi Mandy Campak-Campak. Resipi Ringkas & Sangat Mudah

Share

Sajian Timur Tengah seperti Nasi Mandy ni, sudah menjadi menu kegemaran rakyat Malaysia. Ramai yang menggemari hidangan ini tidak kira tua atau muda. Namun ada juga yang risau nak masak sendiri Nasi Mandy kerana merasakan ia susah untuk dimasak. Mudah je kalau jumpa resipi yang ringkas seperti yang dikongsi oleh saudari Niq Ain ni. Jom cuba!

CARA MASAK NASI MANDY AYAM RINGKAS

BAHAN-BAHAN:

BAHAN TUMIS:

  • 1/2 biji bawang besar – hiris
  • 4 ulas bawang putih (tidak perlu hiris)
  • 6 biji cili padi hijau
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 10 biji lada putih

CARA MEMASAK:

1.Rebus ayam bersama sedikit serbuk kunyit, gula, garam, lada hitam dan air secukupnya hingga 60% masak. Simpan air rebusan ayam.
2. Dalam periuk berlainan, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, bersama rempah 4 sekawan hingga sedikit kekuningan.


3. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan serbuk kerutuk. Jumlahnya cukup sekadar renjis-renjis sahaja (tidak sampai suku sudu). Sebatikan.
4. Masukkan ayam bersama air rebusan, beras yang telah dibasuh bersih, garam dan juga gula secukupnya.

5. Masukkan air dua kali ganda dari paras beras. Masak nasi hingga masak. Untuk tahu nasi sudah masak atau belum, nasi akan terpacak @ terjungkit bila sudah masak sempurna. Jika belum sampai tahap ini, tambah sedikit air dan masak guna api perlahan hingga masak sempurna.
6. Masukkan telur rebus dan Nasi Mandy ringkas sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Niq Ain

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN