Nasi Lemak Sukatan 10 ke 60 Orang Makan. Sesuai Untuk Kenduri Atau Berniaga Kecil-Kecilan!

Share

Nasi lemak antara makanan wajib jika berada di Malaysia. Sedap di makan dan dibuat untuk hidangan sarapan pagi mahupun makan malam. Jika kamu merancang ingin membuat kenduri atau memulakan perniagaan kecil-kecilan disarankan untuk ikut sukatan ini, sangat membantu.

Pagi ni ada yang pm saya,tanyakan sukatan nak masak nasi lemak untuk 10 orang makan yang sebelum ni saya kongsikan sukatan untuk 30-60 orang makan.Ok…ada dah kat bawah tu.

Sukatan(10 orang makan)
1kg beras
1/2kg santan
1 liter air
1sudu garam

Sukatan(30-40 orang makan)
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam

Sukatan(55-60 orang makan)
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam

Daun pandan jangan lupa pula.

Kredit resipi: Fazniza Razali MAHN

IKLAN