Nasi lemak pandan ini makan nasi saja pun dah sedap. Bukan itu saja baunya juga harum selain warna hijau yang cukup cantik sekali terutama sekali bila dihidang dengan sambal. Nampak menyerlah hidangan nasi lemak. Selain sambal, nasi lemak ini sebenarnya paling sedap dinikmati dengan ayam berempah.
4 cawan beras
1 gelas pati santan
1 gelas air pandan (10 helai daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya)
3 sudu besar minyak kelapa dara (Minyak masak pun boleh)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bawang besar -dihiris
Sedikit halia
1. Beras cuci bersih
2. Masukkan semua bahan dalam periuk dan tanak seperti biasa. Sesuaikan sukatan air dengan beras yang digunakan.
8 batang serai
1 biji bawang besar
2 inci halia
3 ruas lengkuas saiz besar kalau saiz kecil tambah jadi 6 agak2 je.
2 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar serbuk cili 1
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar rempah kari ikan,
6 tangkai daun kari
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1. Masukkan ayam dalam bekas, satukan dengan bahan kisar dan bahan rempah.
2. Gaul rata pada keseluruhan ayam.
3. Goreng dengan api serdehana hingga masak. Siap dihidangkan dengan nasi lemak pandan.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA