Nasi Lemak Bunga Telang Rangkul Emas. Bendera Malaysia Berkibar Di Ireland.

Share

Bangga! Tiada kata yang boleh diucapkan apabila melihat kejayaan anak Malaysia di luar negara. Lebih membanggakan bila kemenangan itu diperolehi menerusi sajian hidangan tradisi Malaysia. Ternyata keunikan dan keenakan sajian Malaysia berada di kelas yang tersendiri dan mampu diangkat ke peringkat antarabangsa.

Memilih untuk menyajikan Nasi Lemak Bunga Telang, hidangan Chef Safura Tawil yang juga merupakan chef kepada Duta Besar Malaysia di Dubin, Ireland telah berjaya memikat juri seterusnya memenangi pingat emas dalam pertandingan Chef Ireland Culinary Competition 2020.

Ini bukanlah kali pertama Chef Safura mengharumkan nama negara. Pada tahun 2016, beliau juga telah mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam pertandingan “Embassy Chef Challenge 2016” di Ottawa, Kanada menerusi hidangan Pulut Kuning.

Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya, Chef Safura menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang membantu dan menyokong beliau.

Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga.

Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Rd Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” ujarnya.

TAHNIAH Chef Safura dari team Majalah RASA!

Kredit foto: Chef Safura Tawil & Facebook

IKLAN