Nasi Lemak Asli Pandan, Rasa Lemak & Wangi Aromanya, Confirm Berselera

Share

Bila dihidang nasi lemak untuk makan malam gerenti ramai yang suka. Kali ini kita buat kelainan dengan membuat nasi lemak asli pandan perkongsian oleh Aisyah Humaira. Salah satu bahan yang digunakan air daun pandan yang dikisar dan ditapis. Memang sedap bau aroma daun pandan. Lemak, masin wangi nasi tambat selera sekeluarga.

 

Nasi Lemak Asli Pandan

Bahan-bahan:

3 cawan teh beras Beras Wangi Malaysia Aroma SAJI

2 biji bawang merah dihiris

2 sudu besar minyak kelapa

1 kotak kecil santan SAJI

2 cubit garam

4 keping hirisan halia

15 helai daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya sahaja

Dapatkan PRIMADA MIRCOCOMPUTER RICE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

Cara membuat:

 

1.Basuh beras 3x dan masukkan santan, garam, bawang,halia, minyak dan air pandan lalu kacau sebati. Sukatan air seperti masak nasi biasa.

2.Siap untuk dihidang.

 

Bahan kisar sambal nasi lemak:

5 biji bawang besar

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

15 ekor ikan bilis dibasuh dahulu

*kisar semua bahan diatas

2 inci gula melaka

1 sudu belacan

5 sudu besar cili kisar atau ikut pedas disukai

1 keping asam gelugur

Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1.Tumis bahan kisar bersama cili kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.

2.Masuk semua bahan berbaki dan masukkan 1 gelas air.

3.Reneh dengan api perlahan hingga kuah memekat dan berwarna merah gelap.

4.Siap untuk dihidang.

Kredit: Aisyah Humaira

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN