Makan

Nasi Lagi Sedap, Wangi & Gebu. Ini Rahsia Beras Wangi SAJI Aroma Jadi Pilihan Ramai

Share

Dalam setiap hidangan rakyat Malaysia, nasi bukan sekadar pelengkap. Ia adalah asas kepada pelbagai hidangan tradisional seperti nasi lemak, lauk kampung, kari, rendang hingga ke hidangan moden. Namun, pernah tak anda terfikir kenapa ada nasi yang rasanya biasa sahaja, dan ada pula yang wangi, gebu dan begitu menyelerakan?

Jawapannya mungkin terletak pada jenis beras yang digunakan. Antara pilihan yang semakin mendapat perhatian ramai ialah Beras Wangi SAJI Aroma, produk tempatan berkualiti tinggi keluaran FGV Holdings Berhad (FGV) di bawah jenama SAJI.

BERAS WANGI TEMPATAN DENGAN AROMA SEMULA JADI

Keistimewaan utama Beras Wangi SAJI Aroma terletak pada haruman semula jadi yang seakan aroma pandan. Apabila nasi sedang dimasak, bau wangi yang terhasil mampu memenuhi ruang dapur dan terus menaikkan selera.

Berbeza dengan beras biasa, beras wangi ini terkenal dengan rasa yang lebih enak dan aroma yang menyenangkan, menjadikan setiap hidangan terasa lebih istimewa walaupun dimakan dengan lauk yang sederhana.

TEKSTUR GEBU, KENYAL & LEMBUT

Selain aroma yang menyelerakan, tekstur nasi daripada Beras Wangi SAJI Aroma juga sangat memikat. Selepas dimasak, nasi akan menjadi:

  • Gebu dan halus
  • Sedikit melekit
  • Kenyal dan lembut

Tekstur ini menjadikan nasi mudah digaul dengan lauk dan sangat sesuai untuk pelbagai jenis masakan Malaysia. Sama ada dimakan dengan sambal, kari, lauk tumis atau hidangan kampung, nasi kekal lembut dan menyelerakan.

CARA MEMASAK YANG SANGAT MUDAH

Satu lagi kelebihan SAJI Aroma ialah cara memasaknya yang sangat mudah dan konsisten. Anda hanya perlu menggunakan nisbah yang ringkas iaitu 1 pot beras : 1 pot air.

Langkah memasaknya juga mudah. Anda hanya perlu:

  1. Basuh beras terlebih dahulu.
  2. Masukkan 1 cawan air untuk setiap 1 cawan beras.
  3. Apabila nasi sudah masak, gemburkan nasi menggunakan garpu sebelum dihidangkan.

Dengan nisbah ini, nasi yang terhasil akan kekal gebu, lembut dan tidak terlalu lembik.

DITANAM DI MALAYSIA OLEH PETANI TEMPATAN

Menariknya, Beras Wangi SAJI Aroma merupakan produk tempatan sepenuhnya. Beras ini ditanam di kawasan jelapang padi terkenal di Malaysia seperti di Seberang Perak dan Sekinchan, Selangor

Kawasan ini sememangnya terkenal dengan hasil padi berkualiti tinggi. Beras SAJI Aroma juga diusahakan oleh petani-petani tempatan, sekali gus menyokong ekonomi komuniti pertanian negara.

Setiap butir beras dituai segar dari ladang dan diproses dengan standard yang tinggi bagi memastikan rasa, aroma dan teksturnya sentiasa terjaga.

PILIHAN RAKYAT MALAYSIA SEJAK 25 TAHUN

Jenama SAJI bukanlah nama asing di dapur rakyat Malaysia. Malah, jenama ini telah menjadi pilihan pengguna selama lebih 25 tahun dengan pelbagai produk makanan berkualiti.

Di bawah Kumpulan FGV, SAJI terus mengekalkan reputasi sebagai jenama yang dipercayai dengan menawarkan produk tempatan berkualiti tinggi yang sesuai dengan cita rasa masyarakat Malaysia.

LEBIH DARIPADA SEKADAR BERAS

Beras Wangi SAJI Aroma bukan sekadar beras biasa. Ia menawarkan gabungan kelebihan yang lengkap:

  • Aroma pandan semula jadi
  • Tekstur nasi gebu dan kenyal
  • Kaya nutrisi dan tinggi fiber
  • Produk tempatan berkualiti tinggi
  • Dihasilkan oleh petani Malaysia

Dengan semua kelebihan ini, tidak hairanlah semakin ramai pengguna menjadikan Beras Wangi SAJI Aroma sebagai pilihan utama untuk hidangan nasi di rumah.

Jika anda mahukan nasi yang lebih wangi, gebu dan menyelerakan setiap hari, mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba Beras Wangi SAJI Aroma, produk kebanggaan hasil bumi Malaysia.

 

SAJI BAWA AROMA BERAS WANGI MALAYSIA DALAM 16,000 PEK BUBUR LAMBUK RASA REWANG ABANG BOMBA

Tahun ini dengan izin yang Maha Esa, Majalah RASA sekali lagi berpeluang mengimarahkan bulan Ramadan dengan menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba.

Berlangsung pada 14 Mac 2026 lalu, program ini berjalan dengan sempurna dan penuh kemeriahan dimana sebanyak 16,000 pek Bubur Lambuk berjaya dimasak.  Ya…angka itu bukanlah satu jumlah yang kecil. Namun seiring dengan tema “Bila Bersama, Lagi Jadi”, segala cabaran yang muncul berjaya ditangani apabila semua pihak berganding bahu memastikan proses memasak dan pengagihan berjalan lancar.

Sejak dari awal pagi lagi, suasana di Dataran Merdeka dipenuhi semangat gotong-royong apabila anggota-anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama pegawai Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), penguat kuasa DBKL, RELA, PEMADAM,

sukarelawan dari Management and Science University (MSU) serta pasukan RASA bersama-sama menyediakan Bubur Lambuk.

Menerusi program ini, kawasan ikonik di tengah ibu kota berubah menjadi simbol kebersamaan apabila barisan wira negara dan orang ramai duduk merewang bersama sambil mengacau periuk-periuk Bubur Lambuk.

Daripada keseluruhan 16,000 pek bubur lambuk yang disediakan:

  • 5,000 pek diagihkan kepada pengunjung berbuka puasa di Dataran Merdeka
  • 3,000 pek diedarkan sekitar Kuala Lumpur termasuk kawasan PPR dan bazar Ramadan
  • 8,000 pek diserahkan kepada 13 masjid terpilih sekitar ibu kota

Agihan ini turut disempurnakan melalui majlis simbolik penyerahan kepada wakil masjid serta acara flag-off kenderaan edaran yang membawa bubur lambuk ke pelbagai lokasi komuniti di sekitar bandar raya.

Lebih membanggakan, jumlah edaran ini turut mendapat pengiktirafan rasmi Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Edaran Bubur Lambuk Terbanyak oleh Portal Masakan bersama Badan Beruniform, sekali gus menjadikan program ini antara inisiatif komuniti Ramadan terbesar pernah dianjurkan oleh platform digital masakan di Malaysia.

BERAS WANGI TEMPATAN JADI RAHSIA KEENAKAN BUBUR LAMBUK

Apa yang menjadikan program ini lebih istimewa ialah penggunaan Beras Wangi SAJI Aroma sebagai bahan utama bagi menjayakan penyediaan Bubur Lambuk dalam skala luar biasa ini.

Dalam penyediaan Bubur Lambuk yang dimasak dalam periuk gergasi, kualiti beras memainkan peranan yang sangat penting. Beras Wangi SAJI Aroma dipilih kerana keistimewaannya yang tersendiri.

Beras ini terkenal dengan aroma pandan semula jadi yang harum ketika dimasak, sekali gus menjadikan bubur lambuk lebih menyelerakan. Selain itu, tekstur nasi yang dihasilkan juga gebu, lembut dan sedikit kenyal, menjadikannya sangat sesuai untuk hidangan bubur yang memerlukan tekstur halus dan sekata.

Keistimewaan ini menjadikan setiap pek bubur lambuk yang diagihkan kepada masyarakat lebih beraroma, lembut dan enak dinikmati ketika berbuka puasa.

PRODUK LOKAL KEBANGGAAN MALAYSIA!

Lebih daripada sekadar memasak, Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 menjadi simbol bagaimana tradisi rewang terus hidup dalam masyarakat moden.

Sokongan daripada pelbagai pihak termasuk FGV melalui tajaan Beras Wangi SAJI Aroma memperlihatkan bagaimana sektor korporat turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program komuniti berskala besar.

Seronok melihat para sukarelawan berbilang bangsa, bergotong royong memasak dan membungkus Bubur Lambuk. Ia adalah tentang semangat gotong-royong, kebersamaan dan penghargaan kepada masyarakat yang mana ia adalah nilai yang sentiasa menjadi inti sebenar Ramadan.

Jutaan terima kasih buat semua yang menjayakan program ini.  Jumpa lagi di program seumpama ini di tahun hadapan. Selamat berpuasa dan salam lebaran!

 

 

 

Published by
Nur