Nasi Kepal Berkeju Sungguh Sedap, Mudah Disediakan & Tak Membazir.

Share

Nasi tak habis? Buat nasi goreng pun dah jemu nak buang sayang. Ini RASA bagi idea yang tak membazir dan gerenti anak-anak korang suka kalau sekali sekala dibekalkan dengan menu sesedap ini, Ideanya, cuba korang buat Nasi Kepal menggunakn nasi sejuk yang berlebih itu. Yang penting cara membuatnya sangat mudah dan korang boleh variasikan isiannya ikut cita rasa anak-anak. Boleh je letak ayam, sosej, sayur atau keju seperti resipi dikongsikan hari ini
nasi1

.

NASI KEPAL BERKEJU
BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi
  • 1 biji telur
  • Seddikit keju parut
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukupnya
  • Lada sedikit
  • Keju Cheddar | potong dadu
  • Serbuk roti secukupnya

CARA MEMASAK:

nasi2

.

1. Campurkan nasi, telur, garam, lada sulah dan puritan keju, gaul rata supaya semua bahan bercampur.

nasi 3.

2. Ambil satu senduk nasi kemudian leperkan dan masukkan ketulan keju tadi. Bulatkan seperti bola, kemudian gaulkan dalam serbuk roti. Lakukan hingga adunan habis.

nasi 4.

3. Panaskan minyak secukupnya, goreng nasi kepal hingga berwarna perang keemasan. Nasi Kepal sedia dihidangkan dengan sos pilihan korang.

IKLAN