
Nasi Hujan Panas sememangnya digemari rakyat Malaysia. Ia sesuai dinikmati pada bila-bila masa malah enak dimakan dengan apa jua lauk pauk. Nak cuba masak menu ini hari ini? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
- 1kg beras | dibasuh dan ditoskan
- 1 liter air
- 1 tin susu cair
- 20gm buah gajus
- 20gm kismis
- 2 biji limau nipis
- ½ sudu teh pewarna hijau
- ½ sudu teh pewarna merah
- ½ sudu teh pewarna kuning
- Garam dan gula secukup rasa
- 20ml minyak sapi
- 10gm bawang merah | dimayang
- 5gm bawang putih | dimayang
- 5gm halia | dimayang
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 3 biji bunga lawang
- Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan air, susu cair dan perahan limau nipis. Perasakan.
- Apabila air mendidih, barulah dimasukkan beras, buah gajus dan kismis.
- Tanak nasi sehingga kering dan masukkan pewarna secukupnya.
- Kaup balikkan dan sedia untuk dimakan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Bubur Lambuk Popular Bulan Ramadan

Isi Kandungan
ToggleJom cuba resipi Bubur Lambuk best ni. Juadah ini memang popular dan sinonim dengan bulan Ramadan. Pendek kata kalau tak makan juadah ni waktu berbuka, rasa tak lengkap.Bubur lambuk ada pelbagai resipi dan versi. Setiap negeri ada rasa yang berbeza. Pada penggemarnya, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan bubur lambuk kegemaran. RASA kongsikan resipi pelbagai Bubur Lambuk popular yang boleh anda cuba di sepanjang bulan puasa ini. Jom semak!
1.BUBUR LAMBUK DAGING UTARA
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 pot beras – basuh, rendam selama 15 minit dan toskan
Daging – dihiris kecil, basuh dan toskan
1 bungkus Perencah Sup – beli online disini
Daun sup – dihiris kecil
1 batang lobak merah – potong dadu
1 biji ubi kentang – potong dadu – beli online disini
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 inci halia
1/2 sudu teh serbuk lada hitam – beli online disini
100ml santan
2 liter air
Bawang goreng
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.
4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.
5. Masukkan beras dan kacau rata.
6. Masukkan periuk beras ke dalam rice cooker.
7. Masukkan air, ubi kentang dan lobak merah.
8. Masak sehingga beras kembang.
9. Bila beras sudah kembang, masukkan santan, gula, garam, serbuk lada hitam, daun sup dan bawang goreng.
10. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.
11.Bubur Lambuk Daging versi Utara yang sedap sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nur Haziqah
2. BUBUR LAMBUK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan selayang (dicuci bersih)
1 cawan kecil santan (optional)
2 inci halia (diketuk)
1 ½ cawan kecil beras
3 sudu besar kerisik
Garam, gula, dan perasa secukupnya
Air secukupnya mengikut kadar cair atau pekat bubur yang disukai
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar lada hitam
BAHAN DAUN:
Pucuk paku
Pucuk ubi kayu
Daun kaduk
Daun kesum
Pucuk manis
CARA MEMASAK:
1.Mulakan dengan memasak beras hingga menjadi bubur.
2. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam hingga masak dan ambil isi ikan sahaja. Kemudian, kisar hingga hancur.
3. Beras dah lembut seperti bubur, boleh lah masukkan semua bahan kisar dan halia yang diketuk.
4. Tambahkan pula ikan yang dikisar halus. Kacau rata.
5. Selepas itu, masukkan semua bahan berbaki satu persatu sambil kacau hingga sebati.
6. Masak hingga mendidih. Kemudian, boleh lah rasa. Jika cukup lemaknya, masinnya, sayur pun dah layu, maknanya bubur lambuk dah siap untuk dihidangkan.
7. Dah siap! Bubur lambuk Terengganu sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
3. BUBUR LAMBUK (JOHOR & SINGAPURA)
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras
500gm sayur campur sejukbeku
500gm daging lembut
Air rebusan daging
Air secukupnya
4 sekawan
2 sup bunjut
3 senduk kecil penuh rempah bukhari (boleh ganti dengan rempah sup, kurma @ beriani)
Kacang kuda
Kentang (jika suka)
Daun sup
Bawang goreng
Garam secukup rasa
½ kotak santan
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil
1 inci halia
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging sehingga empuk, hiris kecil. Air rebusan jangan dibuang.
2. Tumis bahan kisar beserta rempah 4 sekawan dan rempah bukhari tadi sampai naik bau.
3. Tuangkan beras ke dalam bahan tumisan, masukkan sup bunjut.
4. Masukkan air rebusan daging. Masak hingga mendidih dan pekat. Pastikan sentiasa dikacau.
5.Masukkan sayur campur dan hirisan daging.
6. Kacau sampai nasi jadi hancur dan bertekstur bubur. Bila pekat kena sentiasa tambah air.
7. Masukkan kiub pati ayam @ daging atau garam secukup rasa.
8. Bubur Lambuk sedia untuk dihidang. Hiaskan dengan telur, daun sup, bawang goreng dan kacang tanah.
Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raya Muhammad
4. BUBUR LAMBUK ALA PEKAN
BAHAN-BAHAN:
Beras
Ikan selayang – rebus dan asingkan isi (*)
Paku merah
Daun kesum
Daun kaduk
Daun kunyit
Santan
Bawang merah (*)
Bawang putih (*)
Halia (*)
Lada hitam – tumbuk halus
Garam & gula secukup rasa
BAHAN HIASAN:
Ikan bilis goreng
Bawang goreng
Daun sup
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras dan rebus hingga menjadi bubur.
2. Tumbuk atau kisar bahan bertanda (*).
3. Campur semua bahan ke dalam periuk bubur dan perasakan garam dan gula dengan secukupnya.
4. Masak hingga menggelegak dan bubur mencapai tahap kepekatan yang diingini. Sedia untuk dinikmati bersama bahan-bahan hiasan.
Kredit resipi & foto: Effa Farhana
5. BUBUR LAMBUK UDANG
BAHAN A:
1 pot beras – basuh bersih
6-7 mug air – boleh lebih
1 sudu teh halba
1/2 inci halia – hiris halus
2 sudu teh lada hitam
2 sudu besar garam kasar
1 kiub pati ayam
1 keping kecil kulit kayu manis
Daun pandan
Ubi kentang & lobak merah – potong kecil
BAHAN B:
5-6 ekor udang -potong kecil (boleh letak lebih)
1/2 kotak santan
BAHAN C:
2 sudu besar minyak sapi – boleh guna minyak masak
1 biji bawang besar – hiris
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan rebus semua bahan di atas. Kena selalu kacau guna senduk kayu untuk elak bubur melekat di dasar periuk dan hangit.
2. Bila air kering, kena sentiasa trambah sampailah nasi menjadi bubur. (Empuny resipi masak lebih kurang 45 minit)
3. Masukkan bahan B. Boleh rasa. Jika kurang rasa, boleh tambah garam @ perasa. Sentiasa kacau bubur.
4. Dalam kuali lain, panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar hingga garing.
5. Tuang ke dalam bubur bersama minyaknya dan tabur daun bawang. Tutup api.
6. Bubur Lambuk Udang sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Suhaila Alhamsah
6. BUBUR LAMBUK PRESSURE COOKER
BAHAN-BAHAN:
4 pot beras – basuh & tos
24 pot air (ratio 1:6)
1/2 kg daging – dadu nipis
1 cawan udang geragau
4 sekawan (pelaga, cengkih, lawing & kayu manis)
2 inci halia – hiris halus
1 batang serai – ketuk
2 batang lobak merah – dadu kecil
2 biji ubi kentang – dadu kecil
1 labu bwang putih -cincang
2 biji bawang merah – cincang
1 kotak kecil santan + 2 cawan air
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 kiub pati ayam
Garam secukupnya
Daun sup & daun bawang
2 helai daun pandan
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Tekan “stir fry” dan panaskan minyak.
2. Masukkan 4 sekawan. Bila dah naik bau, masukkan bawang-bawang, halia, serai dan daun pandan. Kacau.
3.Masukkan udang geragau, jintan manis dan jintn putih. Kacau.
4. Masukkan daging. Kacau lagi. Tambahkan juga kentang dan lobak merah.
5. Masukkan beras. Kacau sebati.
6. Tambahkan air. Kacau.
7. Masukkan kiub pati ayam dan serbuk lada hitam kasar.
8. Tutup periuk dan tekan “hp” 40 (tombol pressure).
9. Bila sudah habis 40 tu, jangan lepaskan lagi wap. Biar dulu selama 10 minit.
10. Lepaskan wap dan buka penutup.
11. Tekan “stir fry” dan masukkan santan serta garam. Kacau sebati. Jika pekat sangat, tambah air sedikit demi sedikit.
12. Bila dah siap boleh tabur daun sup & bawang goreng.
Kredit resipi & foto: Adila Shafiai
7. BUBUR LAMBUK ALA KAMPUNG BARU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – basuh dan tos
1/2 biji kelapa – ambil santan pekat
1/2 kg daging tetel – potong kecil
Udang kering – rendam air panas dan tumbuk lumat
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan – basuh & dicarik-carikkan
Garam & gula secukup rasa
1 air cawan
1 cawan bawang goreng
4 ulas bawang putih – dimayang
2 biji bawang besar – dimayang
1 inci halia – dimayang dan potong macam batang mancis
REMPAH TUMIS:
1 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba
2 biji buah keras – ditumbuk
BAHAN REMPAH (GORENG KERING DAN MESIN HALUS):
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN (OPTIONAL):
2 batang lobak merah – potong dadu
1/2 cawan kurma – buang biji & mayang
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Bawang goreng (lebih sedap guna bawang goreng yang dibuat sendiri
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan minyak sapi
2. Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan dan bawang besar.
3. Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi
4. Kemudian masukkan daging. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk.
6. Masukkan rempah yang telah dihaluskan (ketumbar, jintan, lada putih/hitam)
7. Masukkan beras dan kurma. Tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
8. Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu beras kembang @ pecah.
9. Masukkan lobak merah jika mahu.
10. Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam & gula dengan secukup rasa
11. Bila bubur sudah masak elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan.
Kredit resipi & foto: Sri Muliana
8. BUBUR PEDAS SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar rempah bumbu
12 ekor udang basah saiz sederhana
250 ml pati santan 5 batang kacang panjang (dihiris kecil-kecil)
2 biji kentang (dipotong dadu kecil)
½ biji keledek saiz kecil (dipotong dadu)
50 gm fuchuk 50 gm cendawan shitake (direndam lembut dan dihiris)
50 gm bunga lili (direndam lembut dan dihiris)
50 gm cendawan telinga (direndam lembut dan dihiris)
3 batang jagung muda (dihiris)
Daun kesum (diracik)
1 daun kunyit (diracik)
1 batang serai kecil (dihiris halus)
1 sudu besar udang kering
1 lobak kecil
Asam jawa
Cili kisar
Garam
Gula
Minyak
Air Bahan kisar:
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar dan udang kering. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan kentang, ubi keledek, lobak merah, rempah bumbu, sedikit air, dan santan. Kacau dan biarkan selama 1-2 minit sehingga empuk.
4. Selepas itu, masukkan daun kunyit, cendawan shitake, cendawan keping, bunga lili, fuchuk dan daun kesum. Kacau perlahan-lahan sehingga cendawan lembut.
5. Masukkan kacang panjang dan jagung muda ke dalam periuk. Kacau lagi supaya kacang panjang dan jagung masak.
6. Akhir sekali, masukkan udang, garam dan sedikit gula. Setelah itu, kacau sehingga mendidih.
7. Sedia untuk dihidangkan.
NAK BUBUR LAMBUK PERCUMA?
Tak sah berbuka puasa di bulan Ramadan tanpa BUBUR LAMBUK! Sekurang-kurangnya sekali mesti dinikmati.
Dapatkan 8000 bubur lambuk PERCUMA disediakan khas oleh Angkatan Tentera Malaysia dan selebriti popular serta lebih 1000 pek juadah berbuka turut disediakan.
Nikmati bubur lambuk legenda; penuh rasa, penuh berkat! Jom datang untuk menikmati bubur lambuk dan berbuka puasa beramai-ramai sambil menyaksikan keindahan pelita-pelita hiasan gergasi.
Tarikh : 22 Mac 2025 (Sabtu)
Masa : 12 tengahari (aktiviti)
Edaran bubur : 5 petang sehingga habis
Tempat : Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Jumpa anda disana!
Masakan Indonesia Paling ‘Ngetop’, Selera Rasa Berbuka Serumpun.

Isi Kandungan
ToggleHari ni min nak kongsi tiga resipi dari tanah seberang, tetangga kita Indonesia. Nama aje lain sikit, tetapi sebenarnya banyak dari sajian di sana ada di negara kita. Selera pun sama, serumpun la katakan.
Contohnya opor ayam, , di Johor cukup popular terutamanya di kalangan orang Jawa Johor. Orang Melayu pun dah menganggap lauk ini sebagai lauk tradisional. Begitu juga dengan hidangan Nasi Goreng dan Sup Ekor Lembu atau dikenali buntut di sana memang citarasa kegemaran rakyat Malaysia.
Jadi tunggu apa lagi , jom semak resipi dari Chef Faridul Ataras Abdul Razak dan Chef Ardy Daniel dari Hotel Crystal Crown PJ ini.
1. OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam |dipotong 12 bahagian
- 500 gm santan segar
- 3 batang serai |diketuk
- 4 helai daun salam
- 6 helai daun limau purut |dicarik
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
- 3 sm lengkuas
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji buah keras
- 1/2 sudu teh biji jintan
- 2 sudu makan gula merah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah.
6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm nasi putih
- 2 biji telur ayam
- 5 ekor udang harimau
- 5 keping isi ayam |dihiris
- 1 ekor sotong putih | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dititik
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 5 ekor udang kering |ditumbuk
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 sudu teh kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
- Keropok udang
- Acar mentah
- Chicken boxing
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi.
4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. SUP BUNTUT (EKOR LEMBU)
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kilo daging lembu
- 1500 ml air
- 1 senduk minyak masak untuk menumis
- 4 biji ubi kentang | dipotong dadu
- 3 biji lobak merah | dipotong dadu
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 5 ulas bawang putih| dikisar
- 8 biji bawang merah| dikisar
- 1 sm halia | dikisar
- 5 tangkai bunga cengkih
- 4 biji pelaga
- 2 biji bunga lawang
- 10 gm kulit kayu manis
- 1 sudu teh gula
- 2 biji tomato/dipotong dadu
- 2 sm kulit kayu manis
- 2 ketul stok daging
Bahan tabur :
- Bawang goreng
- Saderi/ dihiris
- Daun bawang dan daun sup /dihiris
CARA MEMASAK :
1. Cuci bersih ekor dan rebus dalam air mendidih selama 15 minit.
2. Buang airnya.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih, merah bersama rempah bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis.
4. Masukan serbuk ketumbar, jintan dan lada sulah.
5. Tumiskan bahan sampai naik bau.
6. Masukkan ekor dan tuangkan air, rebus selama dua jam
7. Selepas daging empuk , masukkan bahan seperti kentang, lobak dan tomato serta stok daging.
8. Perisakan dengan garam
9. Siap untuk dihidangkan dan taburkan bawang goreng, daun sup, saderi dan daung bawang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit (jika guna pressure cooker)
Cara memasak : Tumis dan rebus/reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Jika suka anda boleh memerah limau nipis untuk melazatkan lagi sup dan mengurangkan kandungan lemak.
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Ekor lembu adalah bahagian daging yang susah untuk empuk dan mengambil masa yang lama. Anda boleh memasukkan beberapa biji kurma untuk melembutkan daging semasa merebus.
Chef Sue Kongsi Cara Masak Lemang Kukus Guna Cawan Kertas

Sedapnya lemang! Kalau makan dengan rendang atau serunding, memang terbaik. Bagi anda yang nak cuba hasilkan lemang secara homemade, resipi perkongsian Chef Sue M Arukin ni boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, anda tidak perlukan buluh dan tak perlu bakar. Hanya guna periuk kukusan dan juga cawan kertas. Mudah kan? Malah boleh hasilkan dalam kuantiti yang sedikit. Barulah tak membazir. Jom lihat cara-caranya. Selamat mencuba!
LEMANG CAWAN KERTAS
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
- 600ml santan pekat
- 1 sudu teh garam halus
- 5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
- Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
- Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
- Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
- Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
- Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara-Cara Buat Ketupat Lemak Versi Homemade. Masak Guna Rice Cooker Je!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official