Nasi Goreng Kampung, Bubuh Belacan Tambah Sedap Untuk Sahur

Share

Nasi goreng kampung bubuh belacan tambah sedap. Sesuai dimakan waktu sahur.

Waktu sahur, kadang kita nak masak yang simple saja. Yang mudah dan cepat untuk dimasak.

Sebab itulah, nasi goreng antara hidangan yang sering kali dimasak untuk sahur. Bubuh je semua dalam tu, siap! Nak lagi cepat, sebelum tidur, sediakan dulu bahan-bahan. Bangun nanti terus masak je.

Ini satu lagi resipi nasi goreng simple tapi sedap. Agak pedas sebab gunakan cili padi. Tapi kalau ada anak-anak kecil, boleh kurangkan jumlah cili tu ye. Selamat mencuba!

Nasi Goreng Kampung

Bahan-Bahan:

1 mangkuk nasi sejuk

5 biji bawang merah (kisar) – boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih (kisar) – boleh beli online di sini

Cili padi hijau (terpulang pada tahap kepedasan yang kita nak) – boleh beli online di sini

Ikan bilis – boleh beli online di sini

Telur

Kicap cair

Sedikit garam – boleh beli online di sini

Sedikit belacan – boleh beli online di sini

Sawi (potong halus)

Minyak masak –  boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi hijau hingga lumat. Ketepikan.

Panaskan minyak  dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan kisar dan belacan. Tumis hingga terbit wangi dan berubah warna jadi lebih gelap.

Kena masak agak lama supaya cili masak sepenuhnya. Kalau tak cukup masak, boleh sakit perut. Kalau perlu, boleh tambah minyak sikit lagi,

Setelah cili masak, bolehlah masukkan nasi sejuk. Gaul sebati. Masukkan kicap cair. Gaul lagi.

Masukkan pula potongan sawi yang telah dipotong dan perasakan dengan garam secukup rasa. Rasa dulu kerana belacan dan kicap cair dah masin.

Setelah itu, masukkan pula telur dan kacau lagi.

Tutup api dan barulah masukkan ikan bilis goreng. Gaul sekata.

 Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN