Nasi Goreng Cina Lebih Enak Rasa Bila Letak Minyak Bijan

Share

Teringin lama nak makan nasi goreng Cina. Ada lebihan nasi semalam. Bagi yang tidak suka makan pedas, sesuai masak nasi goreng ni. Tambah minyak bijan lagi enak rasanya. Selain telur, letakkan sayuran ikut cita rasa anda.

Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan:

  • Nasi
  • 5 ulas besar bawang putih (ketuk-ketuk kemudian cincang halus)
  • 2 atau 3 sudu besar serbuk Maggi Cukup Rasa
  • 1 atau 2 sudu besar minyak bijan
  • Udang hidup
  • 3 atau 4 biji telur
  • Sayur campur
  • (Bahan-bahan bergantung pada berapa banyak nasi yang digunakan)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau.

2.Masukkan udang, biarkan masak sekejap.

3.Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sikit untuk telur masak. Kemudian pecah-pecahkan telur.

4.Masukkan nasi dan sayur campur. Gaul rata.

5.Kemudian taburkan Maggi Cukup Rasa.Kacau sekejap.

6.Masukkan minyak bjian dan kacau lagi.

7.Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk maggi cukup rasa atau minyak bijan. Ikut cita rasa masing-masing.

Kredit: Har Ryea

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN