Nasi Goreng 3 Bahan Yang  Super Sedap & Ringkas Untuk Anak Ke Sekolah.

Share

Korang percaya atau tidak nasi goreng tiga bahan ni memang super senang dan sedap membuatnya. Korang hanya perlu ada nasi putih, sos tiram dan telur je. Pecah telur dalam kuali, kacau gaul tak sampai lima minit dah siap.  Kalau tambah ayam atay telurgoreng pun sedap sebagai lauk sampingan. Sesuai sesangat untuk bekal anak ke sekolah.

 NASI GORENG SOS TIRAM 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan 1 sudu makan minyak dalam kuali.
  2. Pecahkan telur, kacau  hingga hancur.
  3. Masukkan nasi, kacau lagi.
  4. Tambahnan sos tiram, kacau lagi  hingga cukup rasa.
  5. Tutup api, nasi goreng sedia dihidangkan.
  • Nasi goreng ini enak dihidangkan bersama lauk pauk, seperti ayam goreng.
IKLAN