Nasi Ayam Tiram Madu Dapat Semangkuk Pasti Kenyang

Share

Dikongsikan resepi orang bujang, tapi bujang yang berketerampilan dan bergaya.
Memang nampak sedap walaupun resepinya ringkas tapi kalau tengok hasilnya orang ingat makan dekat kedai.Nasi pun sedap, ada aroma sebab ada letak stok ayam. Hidangan ni boleh kata hidangan lengkap sebab ada sayur dan cendawan. Dalam semangkuk, lengkap segalanya.

Nasi Ayam Tiram Madu

Bahan-bahan: (1-2 orang makan)
½-1 pot beras
1 potongan ayam (chicken chop cut)
2 sudu besar stok ayam( atau ½ kiub)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan (optional)
1 pokok pak choy
1 keping cendawan shiitake
Garam secukup rasa
Cara memasak:

1.Cuci beras dan letak dalam mangkuk. Beras jangan lebih separuh paras mangkuk.
Kalau lebih, cari mangkuk lagi besar. Letak stok atau kiub ayam. Setiap ½ pot, letak 1 sudu.Kalau nak nasi lebih sedap,letak bawang putih dan halia yang disagat. Saya tak letak sebab malas nak sagat.’

2.Setiap pot nasi, letak 1 pot air. Kemudian masukkan sayur pak choy dan cendawan shiitake yang telah dibasuh.Nak letak sayur lain pun boleh. Kalau tak nak sayur terlalu layu, letak bila nasi hampir masak.

3.Letak air dalam periuk nasi, 2-3 pot. Kalau kalian jenis makan nasi kena ada sup, sup letak sini.Boleh masak sekali jalan dengan nasi tanpa bercampur. Mudah,kan? Tapi saya malas buat sup.

4.Sekarang, masukkan mangkuk berisi beras dan sayur tadi.
Mangkuk saya ni, dah sama besar dengan periuk nasi. Haha! Periuk nasi ni yang kecil.
Saya tetap masak dalam mangkuk sebab tak nak ada kerak nasi.

5.Periuk nasi saya ni kecil, tapi datang dengan set pengukus di atasnya. Jadi saya letak ayam atas pengukus.Ayam ni saya perasan dengan garam di kedua-dua belahnya.Kalau kalian tak ada set periuk siap pengukus.Letak ayam atas beras, kemudian baru letak sayur.

6.Tutup periuk dan biarkan nasi masak macam biasa. Cuma sekali sekali, periksalah sedikit nasi tu.Kadang-kadang dia dah masak, tapi periuk tu tak “tendang” pergi ke “warm”.

7.OK periuk nasi dah berbunyi tanda dah selesai masak. Kita periksa ayam, ternyata dah masak.Nampak pucat ayam tu, tapi tak apa. Tenang sahaja.

8.Kita periksa nasi dan sayur. Nampak dah empuk nasinya. Sayur pun nampak elok! OK dah, siap.Boleh makan! Senang,kan? Selamat mencuba!Sebenarnya belum siap.

9.Keluarkan ayam, kemudian sapukan gabungan sos tiram, kicap pekat, madu dan minyak bijan.Sapu rata di kedua-dua belah ayam. Pastikan ayam disaluti ramuan ni. Baru sedap nanti.

10.Masukkan ayam ke dalam air fryer atau oven. Kalau pakai air fryer, letak 200-250°C selama 10 minit.

11.Ayam dah siap! Ayam jadi gelap dan luaran dia berkilat. Tunggu dia sejuk sedikit kemudian boleh hiris.Sekarang boleh susun hirisan ayam, cendawan dan sayur kita tadi atas mangkuk nasi.

12.Hidang dengan potongan cili api dan kicap cair. Ayam kita tadi tu “juicy” dan luar dia sos likat berkilat.Rasa dia manis, masin, dan berumami! Makan dengan cili potong tu, memang sesuai.

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN