Nasi Ayam Thai Paling Senang Buat. Memang Berselera Nak Makan

Share

Menu nasi ayam sering menjadi kegemaran ramai, bukan hanya mengenyangkan malah mudah disediakan. Nasi Ayam Thai ini memang wangi baunya bila daun ketumbar dicampur sekali dalam bahannya. Apa lagi jom kita buat.

Nasi Ayam Thai
Bahan nasi:

Ayam
Kiub ayam
Ketumbar
Halia
Garam

Cara membuat:

1. Rebus dulu ayam dengan halia dan akar ketumbar

.


2. Apabila mendidih, letakkan kiub ayam.


3. Ayam sudah masak angkat dan ketepikan. Nanti letakkan di atas beras.


4. Ketepikan,kemudian basuh beras.


5. Basuh beras dan letakkan dalam periuk tadi, air disukat menggunakan air yang sama. Jangan terlebih air nanti lembik pula nasi. Air ayam akan keluar semasa merebus jadi sukat lain dan letakkan sedikit garam.


6. Apabila sudah masukkan beras,masukkan daun ketumbar pula. Nasi akan berbau wangi. Kalau nak letakkan minyak/mentega pun boleh. Kemudian letakkan ayam tadi, masak sekali.


7. Biar nasi masak. Tunggu hingga kering.


8. Cara buat sos ialah kisar cili besar merah dengan cili padi merah. Tumis tanpa minyak.


9. Tumiskan bahan kisar tadi,masukkan sos,secukup rasa,gula batu seketul.


10. Sos siap untuk dimakan bersama nasi ayam.

11. Nasi ayam thai siap untuk dihidang.


12. Sambal kicap- potong bawang putih,daun ketumbar,cili padi. Letakkan kicap masin sedikit,kicap kipas udang sikit dan letakkan air limau dan air sikit.
Kredit : Nur Sarah

NAK MEMBELI PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

ADA YANG BERMINAT NAK BELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, LIHAT DI SINI

 

IKLAN