Nasi Ayam Menu Kesukaan Ramai Ni Gerenti Licin Sepinggan

Share

Menu nasi ayam menjadi kesukaan ramai. Tak payah lauk lain sebab dah lengkap dengan sup, kuah kicap dan sos memang tak cukup sepinggan. Buatnya pun tak susah. Buat yang pertama kali nak mencuba boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Hawa Aziz ni. Gerenti menjadi.

NASI AYAM

Bahan untuk Nasi

  • 5 cawan beras
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu makan butter@ marjerin
  • Air rebusan ayam
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Bahan untuk sos:

  • 8 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili api
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
  • 2 inci halia( tumbuk halus)
  • 2 sudu cuka makan
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu teh garam

Bahan untuk ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu makan madu
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 inci halia ( tumbuk halus)
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk halus)

Bahan untuk kuah kicap:

  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 inci halia (tumbuk halus)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • Air lebihan perapan ayam

Cara membuat:

1.Cairkan butter/ marjerin ,masukkan bunga lawang,serai,daun pandan.Masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan ke dalam rice cooker yang ada beras, kemudian masukkan air rebusan ayam,dan masak seperti biasa

.

2.Kisar cili merah,cili api,masukkan cuka makan,kemudian bahan tumbuk halus.Masukkan gula,garam.Saya masak sekejap atas dapur.

3.Masukkan kicap manis,air lebih perapan ayam dan bahan tumbuk halus.

4.Ayam ni saya rebus dulu dengan bahan tumbuk halus,kemudian bila dah siap rebus saya angkat dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian saya masukkan kicap manis,sos tiram,madu dan bahan tumbuk halus.Saya perap selama 30 minit sebelum goreng.

5. Goreng dengan api sederhana.

6. Ayam dah siap.

7. Air rebusan ayam,bahan tumbuk halus,1 biji bawang besar dikisar, daun sup, tulang ayam( jika suka) kalau nak letak lobak merah dan ubi kentang pun boleh.


8. Inilah hasilnya.Siap untuk dimakan sepinggan tak cukup ni.

Kredit: Hawa Aziz

IKLAN