
Kalau anda pernah ke Kelantan, mesti kenal dengan satu hidangan yang nampak simple tapi penuh rasa iaitu Nasi Air Kelantan. 🍲
Sekali pandang macam bubur, tapi sebenarnya lain sama sekali! Nasi Air dihidangkan dengan kuah sup ayam yang panas, bersama pelbagai lauk sampingan yang buat setiap suapan jadi lebih ‘meriah’.
Inilah comfort food orang Pantai Timur. Ringkas, mengenyangkan dan sesuai dinikmati bila-bila masa. Tak kira pagi, tengah hari atau malam, semangkuk Nasi Air Kelantan panas memang cukup untuk buat perut kenyang dan hati tenang.
Nak cuba buat sendiri di rumah? Jom ikut resipi perkongsian saudari Nor Darwina Che Ismail ni!
Resipi Nasi Air Kelantan

Bahan Sup Ayam:
- 1/2 ekor ayam
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- Halia (sebesar ibu kaki) – hiris
- 1 uncang sup bunjut
- Air secukupnya
- Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
- 1 kiub pati ayam
Cara Memasak Sup:
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan sup bunjut hingga naik bau harum.
- Masukkan ayam dan air secukupnya. Reneh hingga ayam masak dan kuah menjadi sedap.
- Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan kiub pati ayam.
- Angkat ayam, toskan dan carikkan isinya. Ketepikan untuk dijadikan lauk.
Bahan Nasi Air:
- Beras secukupnya
- Air (2 kali ganda daripada sukatan air nasi biasa)
Cara Memasak Nasi Air:
- Basuh beras hingga bersih dan toskan.
- Goreng beras tanpa minyak hingga kering (langkah ini beri aroma unik pada nasi air).
- Kisar beras hingga hancur.
- Masukkan ke dalam periuk dan tambah air secukupnya (lebih daripada nasi biasa).
- Masak sambil dikacau hingga tekstur jadi lembut dan sedikit berkanji.
- Untuk hidangan, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.

7. Tuangkan kuah sup panas bersama isi ayam.
8. Tambahkan lauk sampingan dan sambal ikut selera.
Keunikan Nasi Air Kelantan
Nasi Air Kelantan terkenal dengan teksturnya yang lembut seakan bubur, tetapi tidak terlalu cair. Apa yang membezakan hidangan ini adalah kombinasi lauk sampingan yang pelbagai, menjadikan setiap suapan penuh dengan lapisan rasa.
Daripada isi ayam carik, sayur celur, hinggalah sambal pedas—semuanya melengkapkan keenakan Nasi Air Kelantan yang asli.
Lauk Sampingan Wajib Cuba
- Isi ayam carik
- Ikan bilis goreng rangup
- Daging atau perut lembu rebus (optional)
- Tauge, kubis & kangkung celur
- Hirisan daun sup, daun bawang & daun ketumbar
- Bawang goreng
- Hirisan limau nipis
- Kacang goreng tumbuk (optional)
- Minyak bawang putih
Sambal Penambah Rasa
- Sambal cili: kisar cili + cuka + gula + garam
- Sambal kicap: cili padi + kicap manis + cuka
- Cili jeruk
- Serbuk cili kering
Tip RASA Lebih Sedap
- Kalau nak variasi, nasi boleh diganti dengan mi kuning, bihun atau kuetiau. Lagi mudah, lagi cepat!


- Pastikan kuah sup sentiasa panas ketika dihidangkan untuk rasa Nasi Air Kelantan yang lebih autentik.
- Tambah lebih banyak topping untuk pengalaman makan yang lebih ‘meriah’ dan mengenyangkan.
Setiap mangkuk Nasi Air Kelantan ni memang penuh ‘layer’ rasa. Lemak, pedas, segar dan wangi. Lagi banyak topping, lagi syok makan! Tak hairanlah ia jadi antara hidangan ikonik Kelantan yang sentiasa dirindui. Kalau dah cuba, hati-hati… boleh jadi menu kegemaran baru di rumah! Selamat mencuba!

Anda mungkin berminat dengan
Kredit resipi & foto: Nor Darwina Che Ismail
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Hidangan Nasi Air Siam. Kombinasi Enak Yang Kaw & Pedas Terangkat!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

