Mak-mak mesti pening kepala dan fikir menu apa waktu PKP ni, maklumlah anak tak ke sekolah, semua ahli keluarga ada di rumah. Salah satu menu kuih yang boleh anda cuba adalah Pau, resipinya ada disediakan di sini.Intinya anda boleh variasikan ikut citarasa keluarga sama ada inti kelapa, kaya, kacang merah atau kentang.

PAU KUKUS
BAHAN-BAHAN:
3sudu minyak masak

2cawan tepung gandum
2sudu besar mauripan@yis
2sudu besar susu pekat
1sudu besar gula
1/2 setengah cawan air suam
sedikit garam
Inti | terpulang pada cita rasa
Sedikit pelembut roti

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Satukan yis, air suam, gula dalam mangkuk kacau dan biarkan 10 minit hingga berbuih.
  2. Dalam mangkuk berlainan masukkan tepung, susu pekat, garamminyak masak gaul sebati.
  3. Masukkan campuran yis uli hingga jadi doh, bentukkan bulat ( boleh dapat lebih
  4. Biarkan doh naik dan tutup dengan plastik.
  5. Selepas naik sekali ganda, leperkan doh masukkan inti ( terpulang pada selera anda) dan biarkan doh mengembang sekali lagi.
  6. Balut penutup kukus dengan kain bersih.
  7. Kukus pau selama 10 minit menggunakan api sederhana besar(jangan lebih nanti pau berkedut).
  8. Tutup api dan buka penutup kukusan untuk elak pau berkedut..

kredit: irah anje

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI