Nak Jimat & Sedap, Buat Sendiri Popia Carbonara Ni.

Share

Ada beberapa jenis resipi popia goreng. Yang membezakannya hanyalah inti di dalamnya sahaja. Musim PKP ni, anda boleh variasikan sahaja bahan-bahan yang adalah dapur untuk dijadikan intinya. Berikut dikongsikan resipi Popia Carbonara yang boleh dicuba, ia mudah dan sedap. Kalau buat lebih boleh difrozenkan, bila teringin tinggal goreng.

POPIA CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang holand | potong dadu
1 paket crab stick | hiris
1 tin cendawan | hiris
1 mangkuk kecil isi ayam | hiris halus
1/2 batang lobak merah
1 tin sos pergo carbonara
2 sudu perencah cukup rasa
1 sudu kecil Sedikit serbuk oregano
1 sudu kecil Serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masikkan isi ayam, kacau hingga air ayam garing.
  2. Masukkan cendawan, lobak merah, crab stick, kacau lagi sekejap.
  3. Baru masukkan sos pergo carbonara, tambah air sedikit.
  4. Perasakan dengan cukup rasa, serbuk oregano, serbuk lada hitan dan putih. Jika kurang masin tambah sedikit garam.
  5. Bila sudah pekat, tutup api dan biarkan sejuk.
  6. Setelah sejuk bolehlah gulung dengan kulit popia. Lakukan hingga habis.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.

Kredit: Deeza Karisma

IKLAN