Nak Cucur Jagung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam, Ini Caranya

Share

Bagaimana untuk dapatkan cucur yang rangup di luar lembut di dalam? Mengikut resipi yang dikongsi oleh Faizah, dia ikut petua maknya.Bancuh guna air panas. Jom tengok resipi cucur jagung caranya. Sedap sekali cicah dengan sos cili, sos blackpaper dan mayonis. Sulam pula dengan teh o panas memang terangkatlah.

Cucur jagung ni berongga, rangup, lembut, sedappp.Rasa jagung, bilis, udang dalam setiap gigitan.

CUCUR JAGUNG

Bahan-bahan:

½ kilo tepung gandum-beli online di sini

Sebiji telur

Secekak kucai – potong 1cm

2 tongkol jagung segar

Segenggam ikan bilis-beli online di sini

Segenggam udang kertas – cincang kasar

2 labu bawang besar – belah 4, hiris nipis

4 sudu makan cili kisar

1 sudu makan serbuk kunyit-beli online di sini

Maggi cukup rasa

Garam halus

Air panas secukupnya

 

Cara membuat:

1.Hiris isi jagung segar dari tongkolnya. Satukan semua bahan dalam besen. Bancuh adunan dengan air panas.

2.Jemput dan goreng dalam minyak panas hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

3.Sedia untuk dihidang.

Tip

  1. Ikan bilis lebih sedap jika ditumbuk kasar-kasar.
  2. Bancuh mesti guna air panas untuk dapatkan cucur yang rangup di luar lembut di dalam.

Kredit: Faizah Binti Abdul Hamid

IKLAN