Kedai Bahulu Pak Teh memang sudah terkenal di Parit Buntar, Perak. Mana taknya, baulu di sini memang sedap dan menggoda selera. Istimewanya di sini, Bahulu Pak Teh masih menggunakan resipi tradisional yang dikekalkan sepenuhnya.
“Saya memilih untuk berniaga baulu setelah berbincang dengan isteri mengenai produk yang ingin dijual. Atas permintaan ibu mentua pula, saya kekalkan resipi yang asli kerana ibu mentua tak bagi saya modenkan resipinya. Katanya, kuih asli biarlah kekal asli.” kata pemilik Kedai Bahulu Pak Teh, Khozali bin Sidik.
Kedai baulu ini beroperasi sejak Februari 2015. Kini selepas hampir 5 tahun berniaga, sambutan orang ramai sememangnya amat memberangsangkan. Menurut Khozali, setiap kali tiba musim perayaan, memang sambutan amat hebat sampaikan stok selalu tak mencukupi.
BAULU DENGAN CITA RASA HEBAT
Dijual dengan harga yang amat berbaloi, Bahulu Pak Teh sentiasa mendapat sambutan dan disukai ramai. Cita rasanya unik. Antara faktor yang menjadikan baulu ini sedap adalah tidak menggunakan bahan penaik dan dimasak tanpa meletakkan ovelette.
“Saya cuma menggunakan telur, gula dan tepung gandum. Jadi, rasanya memang betul-betul asli. Boleh saya katakan Bahulu Pak Teh memang sedap dan unik. Kuih ini rangup di luar dan gebu di dalam.”
Ads
Baulu cermai.
Baulu Cermai di sini jual pada harga RM4 (12 biji), RM10 (27 biji) dan RM15 (45 biji). Di sini juga ada jual pelbagai jenis biskut dengan harga antara RM20 hingga RM25.
Baulu ikan.
Baulu kemboja.
“Resipi baulu di sini adalah gabungan daripada mereka yang dekat dengan saya termasuklah ibu dan ibu mentua saya. Teknik membakar dan bahan adunan adalah daripada keturunan yang berbeza-beza dan diolah menjadi jenama Pak Teh.
Artis Pun Suka Bahulu Pak Teh
Antara pelanggan Bahulu Pak Teh.
Khozali bersama Lan Pet Pet.
Kenal tak? Inilah Iwan, yang dulu terkenal dengan dangdut.
Ads
Gembira nak membeli baulu.
Khozali ingin membawa perniagaan baulu ke tahap yang lebih tinggi.
Bengkel Operasi No. G, Tingkat Bawah Kedai 2 Tingkat, Jalan Masjid, 34950 Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Ads
Pusat Jualan G-21,23252, Jalan Sekolah, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.
Jom, apa tunggu lagi? Ayuh dapatkan baulu dengan resipi istimewa ini sekarang.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Hotel Sunway Putra kali ini mengetengahkan menu autentik Melayu untuk Buffet Ramadan yang diadakan di Coffee Housenya. Kali ini Sunway Putra memperkenalkan tema Ramadan Bufet Dari Dapur Ummi yang menyediakan pelbagai menu autentik Melayu.untuk Bufet Ramadannya yang bermula dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019.
.
Memang sungguh macam mak-mak masak, antara menunya ialah, Ayam Percik Sri Menanti, Daging Dendeng Cili, Kambing Dalca Mangga Muda, Ikan Kembung Asam Rebus, Ayam Madu Berempah, Daging Rendang Negeri Sembilan, Udang Masak Lemak Belimbing Buluh Dengan Bunga Kantan, Sotong Masak Sambal Cili Merah, Ikan Tenggiri Masak Acar Berempah, Ayam Masak Kicap Berempah, Ikan Patin Masak Tempoyak,Ikan Keli Salai Masak Cili Api, Paru Goreng Berlado dan banyak lagi.
.
Untuk menu lebih ringan korang boleh ke gerai seleksi menu yang disajikan mengikut tema gerai seperti Gerai Rebus-Rebus, Gulung-Gulung,Celup-Celup, Rebus-Rebus, Kukus -Kukus serta paling istimewa gerai Kari Kepala Ikan dan Kerabu yang menyediakan pelbagai jenis kerabu dan bermacam juadah appetizer yang lain seperti gado-gado, memang kecur air liur korang nanti
.
Pengemar makanan Cina dan India juga boleh menikmati menu seperti Stir Freid Buttered Prawns, Sauteed Squids with Black Pepper and Garlic, Lamb Dalca, Butter Chicken Curry, Chinese Mixed Vegetables, Fish Tikka, Eh banyak lagilah menuny yang gerenti korang suka punya.
.
.Tak lupa juga aneka kek dan dessert Melayu seperti Ubi Kayu Rebus, Lompat Tikam, Badan Berendam, Ais Kacang, Cendol dan banyak lagi, tu yang tak tahan tengok. Harga buffet hanya RM138 untuk dewasa dan 50% untuk kanak-kanak usia 7-12 tahun dan warga emas, kanak-kanak bawah usia 7 tahun adalah percuma.
Anda penggemar stik yang halal dan sedap dengan harga berpatutan? Kunjungan ke Restoran The 3 Duke’s pasti tidak menghampakan. Mereka yang sukakan makanan barat boleh singgah ke restoran ini merasa keistimewaan makanan di sini.Restoran The 3 Duke’s beroperasi di A2-G1-5 PUBLIKA , 1, Jalan Dutamas , Solaris Dutamas , Kuala Lumpur dan diselenggara oleh tiga orang anak muda berwawasan tinggi, Firdaus.H.Rashid, Amir Gani dan Irfan Azriman.
Restoran ini memulakan operasi tahun lalu di mana ketika itu pandemik Covid-19 melanda negara malah dunia. Namun mereka terus bersemangat dalam mengharungi setiap cabaran yang mendatang.
“Sejujurnya memang pandemik ini memberi kesan, yang pasti bukan kami saja yang terkesan hampir semua kedai makan terkesan dan terjejas jualannya sepanjang PKP. Ketika PKP kami fokus sepenuhnya dengan jualan atas talian,”cerita Amir.
Keunikan makanan
Restoran ini mengetengahkan hidangan western fusion, pasta, burger dan stik yang dimakan bersama sos di mana bahan utamanya buah-buahan menjadi satu kelainan.
“Kami banyak bermain dengan sos yang menggunakan buah-buahan. Satu lagi hidangan yang menggunakan elemen buah-buahan ialah Tropica Lamb Ribs di mana lamb ribs dihidang bersama buah mangga segar dan juga sos yogurt mango homemade.
Keistimewaan di sini adalah bahan perapan, sos semuanya dibuat secara homemade. Perapan daging, resipi dengan herba yang dicampur satu persatu.
Antara signature makanan yang wajib anda cuba ialah Burger Beef Ribs yang dagingnya dimasak selama lapan jam. Black Forest Rib Eye Steak ialah stik yang dimakan bersama sos blueberi yang diolah sendiri.
Buat yang datang bersama keluarga ada hidangan untuk sekeluarga iaitu tomahawk dan juga op ribs, sesuai untuk empat orang makan dan dihidang live istimewa di depan pengunjung.
Kami berharap dan mendoakan semuanya kembali seperti sedia kala dan ekonomi negara dapat di jana semula seperti biasa,” cerita Amir menutup bicara.
Ramadan kini bertandang tiba. Bulan yang dinanti-nantikan. Ramadan kali ini pastinya mengikat tali persaudaraan dengan berkumpul dan menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama.
Jelajah Selera Bersama TAMU
Bertemakan ‘Jelajah Selera Bersama TAMU’ anda boleh menjamu selera di Suasana @ 27 restoran TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur.
Bermula dari 23 Mac sehingga 21 April 202, bufet Ramadan ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang menarik yang disajikan semasa Hari Raya serta masakan kegemaran Malaysia dan Antarabangsa.
Chef Eksekutif Azizul Mohd Nor berkata, tetamu yang datang hendaklah mencuba dan menjamah semua hidangan yang ditawarkan terutama menu istimewa tahun ini ‘Nasi Kambing Dulang Besar’.
Untuk iftar kali ini chef membawa kembali hidangan masakan tradisional Melayu seperti Gulai Daging Batang Pisang, Kari Kepala Ikan, Sup Gear Box ikonik yang empuk dan lazat juga Nasi Dulang.
Hidangan Nasi Dulang kaya dengan herba dan rempah tradisional serta dimasak dengan sempurna. Ia dipersembahkan secara unik dalam dulang sebagai satu set.
Terdapat lapan belas gerai yang disusun menampilkan menu hidangan istimewa yang tersendiri.
Harga bufet ialah RM169 setiap seorang. Warga emas RM98 manakala kanak-kanak RM85.
Feast Of 7 Wonders Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel membawa anda untuk menikmati perjalanan gastronomi “Feast of 7 Wonders”, makan malam bufet yang dicipta dengan tujuh hidangan ringan utama dari tujuh wilayah oleh chef yang bersemangat dan diketuai oleh pakar masakan baru, Chef Eksekutif – Chef Ewald Gonsalves. Bersiap sedia untuk nikmati perjalanan menyusuri seluruh dunia dengan hidangan berbuka yang mengasyikkan.
Jamuan berbuka kali ini membawa anda melalui pengembaraan penuh rasa di Restoran Essence. Menawarkan pelbagai pilihan tempatan dan makanan istimewa dari serata pelusuk dunia serta stesen hidangan langsung dan pencuci mulut yang lazat.
Antara hidangan ini ialah ayam perap berempah Arab dari Syria, pilihan pasta segar dari Itali, Bakso Daging Angus Klasik yang dibuat dengan bebola daging dari Indonesia, stew kambing bersama kacang kuda dan tomato dari Maghribi.Kulfi Falooda sebagai pencuci mulut utama dari India, Kambing Kuzi panggang yang diperap selama 48 jam dan diurut dengan 14 rempah-ratus dari Qatar (Hidangan Langsung) dan Ayam Malai Kebab dengan Daun Fengreek dari Afghanistan.
Kumpulan Nasyid Saujana 25 akan turut memeriahkan bulan mulia ini dengan persembahan eksklusif di Essence Restoran pada 1 April, 8 April dan 15 April, 2023.
Hotel ini juga memperluaskan baucar tawaran “early bird” dan biskut berinti eksklusif Sheraton Imperial serta tempahan berkumpulan untuk makan dan mesyuarat semasa bulan perayaan yang akan datang.
Harga Bufet Dewasa:RM197 seorang | Kanak-kanak: RM97 seorang (7-12 tahun)