My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2,111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian.
MQT 2.0 kali ini bermatlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah.
Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Menurut Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Hussamuddin Hj Yaacob, mereka sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai, dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Ads
“Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
“Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
“Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia,” katanya.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Hussamuddin berkata, Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Ads
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150,000 sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ads
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Pasti ramai yang tergila-gilakan Sofuto Family Mart perisa Matcha dan juga Cheesecake kan? Berita baik untuk semua, sekarang Family Mart dah keluarkan dalam bentuk Pint Size yang pastinya memenuhi citarasa peminat setia sofuto!
Lepasni, bolehlah makan berulang kali Bersama keluarga dirumah tak perlu keluar rumah banyak kali lagi-lagi dalam musim Covid yang belum reda sepenuhnya. Harga Pint-Size Sofuto perisa Matcha dan Cheesecake ini hanya RM 7.90 sahaja! Sangat murah! Tunggu apa lagi tu? Jomlah beli sekarang harapnya stok masih ada. Menu baru selalunya cepat habis.
Nama Institusi : Kolej Komuniti Chenderoh Perak, Kementerian Pendidikan Malaysia Alamat : Lot 41 Jln Industri Miel 2, Kawasan Perindustrian IKS, 33000 Kuala Kangsar, Perak Maklumat lanjut :http://kkchenderoh.jppk.edu.my
Jom adik-adik ambil tahu kelebihan Kolej komuniti Chenderoh Perak ( KKCP), salah satu dari Institusi Pendidikan Awam yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan tinggi. ( sebelum ini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia @ Kementerian Pendidikan Malaysia).
KKCP atau kolej Komuniti Chenderoh Perak ditubuhkan pada 2003 untuk melatih pelajar menjadi seorang profesional dalam bidang kemahiran khasnya dan menjadi peneraju TVET terunggul di Malaysia. Di dalam Program Kulinari, KKCP mempunyai pensyarah yang mahir dan berkelayakan dari segi akademik dan kemahiran.
KKCP dilengkapi dengan kemudahan Bilik Latihan, Makmal Komputer, Restoran Amali, Dapur Amali, Kafe, surau, bilik kuliah, dewan besar dan Pusat Sumber. FIM juga memberi pendedahan amali kepada para pelajar semasa mereka menjalani Latihan Industri di dipelbagai rangkaian hotel dan resort terkemuka diseluruh negara.
KKCP mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun 2003 dan mula beroperasi pada tahun yang sama. Sejak itu kkcp telah menghasilkan lebih dari 2,351 graduan sejak ditubuhkan.
Di sini turut menawarkan kursus Diploma In Culinary Arts dan Sijil Kulinari di samping beberapa kursus kemahiran yang lain.Semua kursus di KKCP telah mendapat akreditasi penuh MQA. Kelebihan pada pelajar yang menuntut di sini adalah keutamaan diberikan kepada pelajar dan peluang dan masa hadapan mereka juga cukup cerah selepas tamat pengajian .
Pelajar berpeluang menerima kualiti pendidikan dan kemahiran terbaik, memberikan peluang kepada graduan mendapat pekerjaan menjamin masa hadapan dan relevan dalam industri.
Dengan adanya Kolej Komuniti, ia juga membantu memastikan setiap pelajar tidak kira latar belakang dapat menyambung pengajian dengan memfokuskan kepada kemahiran dan memastikan semua pelajar dapat menguasai bidang yang di ceburi sesuai dengan Revolusi industri 4.0 yang di war-warkan oleh kerajaan.
Pencapaian pelajar dan pensyarah Program Kulinari KKCP juga berada di tahap yang amat membanggakan, selain daripada mendapat pembelajaran secara teori dan amali di kolej, pelajar juga didedahkan dengan menyertai pelbagai pertandingan di dalam dan luar negara . Pelbagai kejayaan yang telah di kecapi oleh Program kulinari KKCP pada tahun ini.
Di antaranya Kolej Komuniti Chenderoh Perak telah melakar sejarah tersendiri dan mencatat kejayaan gemilang di luar negara pada tahun lepas iaitu di Seoul Food Hotel Culinary Competition 2019 dengan mendapat 3 anugerah utama .Ia juga mendapat anugerah Special Judge Award
Juara “International Team Award” dan tepat ketiga untuk anugerah’Chinese Stir Fry Award’ dan juga mendapat empat perak, empat gangsa dan enam diploma dalam pertandingan peringkat antarabangsa di Seoul, Korea ini. KKCP juga turut melakarkan kemenangan di pertandingan kulinari peringkat kebangsaan sepanjang tahun 2019.
ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI BARANG RUNCIT,BOLEH LAYARINYA DI SINI.
Perayaan akhir tahun yang dinanti-nantikan akan tiba tidak lama lagi! ‘Eat Cake Today’ menyambut kedatangan musim perayaan dengan melancarkan aneka jenis kek, kek cawan & kek pop baharu bertema Krismas yang baharu. Para media dan blogger berkesempatan bergambar bersama kek pilihan yang istimewa di samping menyaksikan sendiri demo membuat macaron dan kek buah tradisional.
ECT telah menyenaraikan 10 jenis pilihan di portal eatcaketoday.com untuk menambat selera pelanggannya. Encik Ang Boon Chow, (B.C Ang) Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, menjelaskan semasa pelancaran promosi musim perayaan Krismas/Tahun Baru, ECT ingin menunjukkan penghargaannya dan berkongsi semangat kasih sayang dan saling memberi kepada pelanggan tetap dan juga pengunjung kali pertama portal dalam taliannya dengan menawarkan kek percuma kepada pengguna bertuah. Kami ingin memeriahkan perayaan dengan menyatukan hati sahabat handai, keluarga, dan rakan-rakan sekerja,” jelas Encik Ang.
Portal Eat Cake Today menawarkan pelbagai pilihan kek berkualiti yang dihantar terus kepada pelanggan dengan cara yang menyenangkan. Semua pihak yang terlibat, daripada perkhidmatan pelanggan dan pembuat kek mahupun kakitangan penghantaran dihubungkan kepada sistem Eat Cake Today menerusi telefon pintar mereka untuk memudah dan menyelaraskan proses pesanan kek dari A ke Z bagi memastikan pelanggan menerima kek mereka dengan cekap dan tepat pada masanya. ECT bekerjasama dengan lebih 40 pembuat kek, termasuk nama-nama terkenal seperti Baker’s Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes, Tedboy, dan sebagainya. Disebabkan kemungkinan terdapat pelanggan yang mengalami alahan, ia juga menyenaraikan ramuan yang digunakan untuk semua kek. Untuk kek tanpa gluten dan vegan, pelanggan boleh mendapatkan kek daripada Baked KL yang turut disenaraikan sebagai pembekal.
Satu kelebihan Eat Cake Today ialah keupayaannya menghantar kek pada hari pesanan dibuat, menjanjikan penghantaran segera dalam masa hanya 4 jam. Kebanyakan kek dibuat khusus dari rumah, kedai kek tempatan, kafé bakeri dan lain-lain. Pilihan kek yang dipaparkan dalam laman web dikategorikan mengikut jenis kek dan masa yang diperlukan untuk membuat dan menghantar kek, seperti pilihan 4 jam, pilihan 1 hari, pilihan 2 hari dan juga pilihan 3 hari. Harga kek bermula daripada RM40 kepada RM321 setiap satu dan tidak termasuk caj penghantaran.
Eat Cake Today juga mempunyai 4 kedai kek yang disahkan halal oleh JAKIM – iaitu Cake Sense, Cat & The Fiddle, Just Heavenly dan The Honest Treat. Mereka menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal. Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, Eat Cake Today menawarkan kek yang boleh ditempah khas mengikut kemahuan pelanggan.
Eat Cake Today adalah salah satu calon CIP 300 yang terpilih di bawah program pembiayaan Cradle Fund (di bawah Kementerian Kewangan) untuk memulakan perniagaan berasaskan teknologi dan membangunkan serta mengkomersilkan produk dan perkhidmatan mereka.
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.