Hari demi hari, bilangan kes mereka yang dijangkiti Covid-19 makin meningkat. Kesihatan menjadi sesuatu yang amat berharga dan tiada tolok bandingnya.
Dan apabila berada dalam situasi begini, mencegah itu lebih baik dari merawat. Bagaimana untuk kita mencegah dan menjaga kesihatan sebaiknya?
Nah, cara yang paling mudah adalah melalui pemakanan kita. Amalan pemakanan buah-buahan dan sayuran tempatan banyak manfaatnya.
Menerusi usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dengan ini memperkenalkan menu sihat yang mengandungi pelbagai khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan melalui program MAFI Prihatin Meal.
Buahan & Sayuran Tempatan Pilihan Terbaik
Tidak perlu diragui, buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan adalah pilihan terbaik dalam menjaga kesihatan kita pada ketika ini.
Tahukah anda bahawa buah mangga boleh diumpamakan seperti booster otak pada waktu pagi. Terdapat banyak khasiat dan nutrisi penting yang ada di dalam mangga seperti vitamin A, C dan E, folat, B6, zat besi, kalsium dan juga antioksida. Paling menarik, kandungan nutrisi yang ada pada mangga dapat meningkatkan imunisasi tubuh, membantu penyerapan zat besi, dan baik untuk pencernaan.
Manakala betik pula, ada 5 kebaikan utama yang ramai tidak tahu. Siapa sangka betik yang mudah tumbuh dan murah ini mempunyai khasiat untuk badan kita iaitu anti oksida, anti kanser, kesihatan jantung, anti inflamasi dan menghalang kerosakan kulit.
Merujuk kepada Piramid Makanan Malaysia 2020 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kita disarankan mengambil sekurang-kurang 2 sajian sehari bagi buah-buahan manakala 3 sajian atau lebih sehari bagi sayur-sayuran.
Percaya atau tidak, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan air yang lebih tinggi berbanding makanan pepejal yang lain. Apabila kita makan buah dan sayur, ia membolehkan badan kita untuk menyerap kandungan air dalam buah dan sayur dengan lebih perlahan berbanding apabila kita minum air putih. Tambahan pula, air yang diperoleh daripada buah dan sayur ini akan kekal lagi lama dalam badan.
Antara sayur yang mengandungi peratus air yang tinggi ialah bayam, timun, saderi dan tomato.
Makanan Sihat Tidak Mahal
Ads
Orang selalu sebut makanan sihat itu mahal? Opss, salah tu. Makanan sihat tidaklah mahal jika tahu mencari sumber yang betul, contohnya buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan kita.
Buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut kreativiti dan selera anda dalam penyediaan makanan, selain diambil terus sebagai snek atau pembuka selera. Jadi, jom masak dengan bahan-bahan segar, murah dan berkualiti!
SOMTAM BETIK MUDA & MANGGA
BAHAN-BAHAN:
½ biji betik muda | dihiris memanjang 1 biji mangga muda | dihiris memanjang ½ biji lobak merah | dipotong memanjang 3 biji kacang panjang | dipotong seinci panjang 1 biji tomato | dibelah 4-6
BAHAN SOS:
1 biji bawang putih |ditumbuk 2-6 biji cili padi | ditumbuk 2 sudu makan udang kering | tumbuk kasar 2 sudu makan kacang goreng | tumbuk kasar 3 sudu besar jus limau nipis 3 sudu makan sos ikan 3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masukkan bawang putih, cili padi, udang kering, jus limau, sos ikan serta gula ke dalam bekas dan gaul hingga sebati. 2. Kemudian masukkan betik, mangga, tomato dan kacang panjang. Gaul dan tumbuk-tumbuk sedikit sayuran agar ramuan mesra. 3. Akhir sekali masukkan kacang. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.
KENGSOM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | dipotong sederhana besar ½ biji nenas | dipotong mengikut citarasa ½ ikat kangkung 2 batang serai | ketuk 1 biji limau nipis| ambil jus Garam secukup rasa Gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah 8 biji cili padi 1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 3cm kunyit hidup Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 2. Masukkan nanas dan serai, didihkan seketika. Kemudian masukkan ikan. 3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula. 4. Tutup api dan masukkan kangkung agar kangkung tidak layu dan lembik 5. Kemudian,masukkan perahan jus limau, kacau rata dan sedia dihidangkan
PANKEK BUAH NAGA / DRAGON FRUIT PANCAKE
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum ½ sudu kecil soda bikarbonat ½ sudu kecil baking powder 1 cawan susu segar ½ biji buah naga merah 1 sudu besar gula kastor 1 biji kuning telur 2 biji putih telur, putar hingga kental 3 sudu besar mentega cair
CARA MEMASAK:
1. Ayakkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan ketepikan. 2. Kisar buah naga dan susu segar hingga halus. Masukkan gula, kuning telur dan mentega cair, kacau hingga sebati. 3. Kemudian masukkan tepung, kacau hingga sebati dan licin. 4. Masukkan putih telur (meringue) sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati. 5. Panaskan kuali, tuang adunan dan masak dengan api yang perlahan. Tutup kuali dengan penutup dan masak hingga permukaan atas kering. 6. Angkat dan hidangkan dengan buah naga yang dipotong dadu, madu atau jem.
JELI HONEY DEW
BAHAN-BAHAN:
¼ biji honey dew | buang biji Jus honey dew secukupnya 10gm agar-agar ½ kilo gula 4 liter air
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar hingga betul-betul cair dan hancur. 2. Masukkan gula dan jus honey dew. Masak lagi hingga gula larut dan sebati. 3. Kemudian tutup api dan biarkan selama 20 minit. 4. Sediakan acuan, masukkan buah honey dew secukupnya ke dalam setiap acuan. 5. Kemudian tuang agar-agar tadi dan biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mengalami masalah keputihan menyebabkan anda kurang selesa dan hilang keyakinan diri bila bersosial dengan kawan-kawan tapi malu nak jumpa doktor. Mungkin korang boleh atasi dengan cara tradisional yang sangat mudah. Apa yang diperlukan hanyalah kunyit,halia, sedai, gula Melaka atau gula batu dan asam jawa/ asam gelugor untuk dijadikan jus yang boleh korang amalkannya beberapa hari hingga masalah degil ini berkurangan. Hasilnya memang tidak mengecewakan, memang tak rugi mencuba ye.
JUS KUNYIT HALIA BAHAN-BAHAN: 6cm kunyit hidup | kalau dapat ibu kunyit lagi baik 3cm halia tua 1 batang serai Gula Melaka/Gula Batu secukupnya 300ml air panas mendidih
CARA MEMBUAT:
Cucu bersih kunyit, halia dan serai.
Hiris nipis-nipis, kemudian masukkan dalam air panas.
Campurkan air asam jawa atau asam gelugor.
Tambahkan sedikit gula Melaka atau gula batu sebagai penambah rasa.
Apabila suam bolehlah diminun.
Amalkan dua kali sehari sehingga masalah keputihan hilang.
Asam pedas merupakan antara menu yang menjadi kesukaan ramai. Namun, tidak ramai yang tahu cara untuk memasak asam pedas yang padu dan sedap. Namun, dengan perkongsian oleh Mizah Ngatiman ini, pastinya masakan asam pedas anda rasa lebih sedap dan enak.
Menurut Puan Mizah Ngatiman, petua ini dikongsi oleh Dato' Rizalman menerusi rancangan Pang Pung tempohari di mana Raja Permaisuri Tunku Azizah telah berkongsi tip masakan asam pedas yang sedap kepadanya. Ayuh kita baca perkongsiannya.
*****
Resepi Asam Pedas Daging Campur Tetel
Kata Dato' Rizalman kan, dalam rancangan Pang Pung beliau tempohari. Raja Permaisuri Tunku Azizah bagitahu, Masakan bertumis ni sedap kalau ia pecah minyak banyak kali.
Pecah minyak tumisan bahan kisar dulu kemudian pecah minyak sekali lagi bila kita masukkan ayam atau daging.
Jadi hari ni Lz cuba teknik tu dalam resepi asam pedas daging dan tetel. Memang sedap dan bila betul-betul pecah minyak daging dan tetel tu lembut elok teksturnya. Bayangkan tentu tambah sedap kalau dapat masak dalam periuk tembaga macam Dato' pakai tu kan
Kuah asam pedas macam ni kan, mebeles kalau dapat cicah dengan lempeng atau roti canai. Aduhai.. Nak-nak kalau kita perangat sebelah pagi untuk sarapan.
Lz kongsikan step by step di setiap gambar dan video di bawah.
BAHAN-BAHAN:
1 bekas Isi daging dan tetel
20 tangkai lada kering – rebus*
2sb biji ketumbar*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 batang serai – diketuk
2sb asam jawa – jadikan pes
*kisar
BAHAN-BAHAN PENYEDAP RASA:
Daun kesum
Bunga kantan
Daun limau purut
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar. Api kecil hingga betul betul dapat pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan daging dan tetel. Biarkan air daging dan tetel kering. Tutup kuali kita, api sederhana kecil. Kita tunggu ia pecah minyak sekali lagi.
3. Pecah minyak lagi sekali. Bolehlah masukkan air secukupnya untuk lembutkan daging dan tetel.
4. Bila air hampir kering masukan serai, daun kesum, daun limau dan bunga kantan. Perasakan juga garam dan gula secukupnya.
Semangat dan tekad untuk menimba ilmu baru dan mencabar diri demi sebuah pengalaman yang tidak pernah dirasai, menjadi pendorong kepada Nurazimah Binti Ahmad Afandi untuk menyertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’Sini.
Berbekalkan sebuah resipi kegemaran keluarga, Nurazimah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Long memberanikan diri menghantar penyertaan di laman web RASA.
Nah, betullah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia bukanlah siapa-siapa. Bukan seorang chef terkenal, bukan juga tukang masak handalan restoran ternama, tapi keenakan hidangan yang disajikan air tangan seorang ibu yang mengusahakan perniagaan Sambal Hitam Bentong secara kecil-kecilan ini berjaya memikat hati para juri.
Teruja dan berasa sangat bertuah. Itulah rasa yang dapat Kak Long luahkan bila dapat masuk pertandingan ini kerana semua peserta yang hadir hebat-hebat belaka. Malah hidangan mereka semua sangat menarik.
Semasa sesi penjurian dijalankan, perasaan gementar tu memang Kak Long tak boleh nak sorok. Maklumlah ini kali pertama Kak Long mengikuti pertandingan memasak yang diadilli juri profesional dan kelilingi jurugambar. Terima kasih kepada para krew yang ada pada hari acara tersebut kerana semuanya sangat membantu dan sentiasa memberikan kata-kata positif.
Guna dua jenis rempah iaitu Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’S dan Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’Sadalah rahsia keenakan hidangan Shell Out Kasih BABA’S. Ditambah dengan penggunaan gula melaka menjadikan lebih rasa yang lebih unik dan sedap.
“Menu ini adalah rekaan Kak Long sendiri yang asalnya dimasak untuk keluarga tersayang. Ia merupakan juadah kegemaran suami serta anak-anak dan sebab itu Kak Long ingin berkongsi hidangan kegemaran keluarga ini kepada semua.
Sekiranya ada rezeki menjadi Top 4, Kak Long akan buat yang terbaik untuk berjaya. Tujuannya hanya satu iaitu untuk tunjukkan kepada anak-anak bahawasanya ibu mereka ini seorang yang kuat semangat dalam usaha untuk beroleh sesuatu kejayaan. Malah Kak Long juga berimpian untuk memajukan lagi perniagaan Sambal Hitam Kak Long Bentong supaya lebih dikenali”, ujarnya dengan penuh bermakna.
SHELL OUT KASIH BABA’S
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam
1/2kg udang
5 ekor sotong
1/2 lala
2 ekor udang lobster
BAHAN-BAHAN TUMIS:
3 biji bawang merah (*)
5 biji bawang putih (*)
1 inci halia (*)
3 sudu lada kering kisar (*)
20gm udang kering (*)
1 paket kecil Serbuk Cili BABA’S
1 paket kecil Serbuk Kari Ikan BABA’S
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 1/2 cawan air rebusan makanan laut
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
1 biji brokoli yang telah dicelur
CARA MEMASAK:
Bersihkan semua makanan laut dan rebus hingga masak. Ketepikan.
Kisar bahan yang bertanda (*) dan tumis sehingga garing.
Setelah garing, masukkan Serbuk Cili BABA’S dan Serbuk Kari Ikan BABA’S bersama air rebusan makanan laut tadi.
Kacau bahan tumis sehingga pecah minyak dan barulah masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, garam, gula dan sedikit penambah perasa. Sebatikan.
Setelah sos masak, masukkan makanan laut yang telah direbus tadi bersama-sama dengan brokoli yang telah dicelur.
Gaul rata hingga bersalut semuanya.
Shell Out Kasih BABA’S sedia untuk dihidangkan.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.